“Ada jga yang sudi trima saya..”- BrkenaIan Melalui ‘Big0 Live’, Rmai Sebak Mlihat Pngantin Ini

“Saya tidak pernah menyangka akan berkahwin, sampai ke jinjang pelamin, namun inilah yang dinamakan takdir,” kata Orang Kurang Upaya (OKU) fizikal, Muhammad Haziq Samrat. Pemuda berusia 27 tahun itu menarik perhatian ramai selepas video majlis persandingannya bersama isteri, Nur Atiqah Amiera Ghazali, 29, tular di media sosial.

Dalam video itu, kelihatan Muhammad Haziq bergerak di atas papan selaju, beriringan dengan isterinya menuju ke pelamin untuk bersanding dan acara memotong kek. Muhammad Haziq, yang kini menetap di Bandar Tun Hussein Onn, di sini berkata, video itu dirakam ketika majlis persandingan mereka.

Katanya, beliau tidak mengetahui ada pihak yang memuat naik video berkenaan di TikTok.

“Saya baru tahu sebenarnya dan tak sangka ia tular di laman sosial. Saya sedar ada tetamu yang mengambil gambar, video ketika datang majlis itu tapi tak sangka dimuat naik hingga tular,” katanya ketika dihubungi Harian Metro.

Berkongsi kisahnya, Muhammad Haziq berkata, dia adalah anak bongsu daripada tujuh beradik dan dilahirkan dengan kekurangan fizikal.

“Saya terbuka dan tiada halangan berkawan dengan sesiapa, baik lelaki mahupun perempuan. “Cuma, bab pasangan itu saja yang tidak pernah saya jangka, apatah lagi terfikir sama ada perempuan mahukan saya atau tidak.

“Rupanya, ada juga yang sudi menerima diri saya seadanya. Kepercayaan itu akan cuba saya balas dengan melaksanakan tanggungjawab sebagai suami sebaiknya, menjaga dan mendidik isteri,” katanya.

Sementara itu, Nur Atiqah Amiera, yang bekerja sebagai pembantu jururawat berkata, beliau berkenalan dengan suaminya menerusi platform Bigo Live pada November 2020 dan tertarik dengan keperibadian lelaki itu.

“Kiranya, saya yang ‘mengayat’ suami dahulu pada awal perkenalan dan dia awalnya tidak suka cerita keadaan dirinya. Saya cuba juga kenali dia hingga pertemuan pertama kami pada 12 Disember 2020.

“Saya tidak kisah keadaannya macam mana, asalkan dia memahami dan boleh didik saya, malah keluarga juga tiada halangan serta terbuka menerima hubungan kami,”  sekali pun berhadapan tanggapan masyarakat.

“Dari awal saya sudah tahu keadaan suami. Saya sudah tetapkan hati dan minda untuk bersedia dengan segala kemungkinan. Insya-Allah, saya mahu menjaganya hingga akhir usia kami,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

About Zarul Zainal

Check Also

Jarak hnya 15 mnit, tpi pngantin teriak tngok kluarga grak balik

Sudah biasa ‘berkepit’ sepanjang masa, selepas selamat bernikah pasti merasakan tiada kekuatan untuk berpisah daripada …

Leave a Reply

Your email address will not be published.

three × five =