“Aku lbih rela mnjadi ank pngutip smpah yg brilmu, dri mnjadi org kekaya yg dvngu,” katanya.

Pelakon remaja, Puteri Balqis, 15, tampil membidas komen aktor Azhar Sulaiman yang berpendapat aktres tersebut didakwa mendedahkan aib keluarga apabila mengatakan dirinya menjadi mangsa gangguan sekv ual oleh bapa kandung.Puteri Balqis atau lebih mesra dengan sapaan Aqish menerusi dua hantaran di Instagram Story mendakwa, pandangan Azhar itu dikatakan seperti melepaskan rasa marah.

“Uncle, saya sedang berjauhan dengan ibu saya waktu ini, dan saya SEORANG.Uncle tahu betapa susahnya perkara ni? Saya tak nampak apa yang Uncle tulis ni sebagai peraturan. Saya lebih nampak ini emosi marah, geram, bengang,” katanya.Menerusi hantaran sama, Aqish turut mengucapkan terima kasih atas nasihat yang diberi serta memetik salah satu daripada enam pandangan Azhar.

“Kadang kala ada rahsia yang kita simpan sampai mati sebab kerja as celebrity’, terima kasih atas nasihat Uncle.Tapi, saya tak akan pernah mengatakan perkara tersebut kepada adik-adik saya dan abang-abang saya di luar sana yang masih bergelut. Uncle dah menulis nota bunnvuh diri untuk kami,” ujarnya.Berdasarkan hantaran Instagram Story yang lain, Aqish turut memuat naik kata-kata ‘kiasan’ yang mendakwa dirinya lebih rela menjadi anak pengutip sampah.

“Aku lebih rela menjadi anak pengutip sampah yang berilmu, dari menjadi orang kekaya yang dungu,” katanya.Sebelum ini, Azhar Sulaiman hangat menjadi perbualan netizen di serata media sosial akibat pendapat peribadinya berhubung isu Puteri Balqis didakwa menjadi mangsa gangguan seksual bapa kandungnya.

Tetap berpegang pendirian sendiri, Azhar Sulaiman mohon maaf isu Puteri Balqis

Sebelum ini, pelakon veteran, Azhar Sulaiman yang melontarkan pendapat peribadinya mengenai isu pelakon remaja, Puteri Balqis yang pernah mengalami gangguan seksual oleh bapa kandungnya sewaktu kecil ternyata meraih perhatian ramai.

Mana tidaknya, Azhar menyifatkan pendedahan tersebut adalah satu aib keluarga dan tidak wajar disebarkan kepada umum menerusi media sosial.

Namun begitu, pelakon yang berusia 51 tahun itu teruk dikecam netizen kerana menganggap pelakon tersebut lebih memilih aib keluarga daripada mendengar pendedahan jenayah yang dilakukan oleh darah daging sendiri.

Susulan itu, menerusi perkongsiannya di laman Instagramnya, Azhar tampil mem0hon maaf mengenai perkara tersebut sejak ia mula menjadi bualan dalam kalangan netizen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azhar Sulaiman (@azharbsulaiman)

Dalam perkongsian tersebut, dia tetap berpegang teguh dengan pendiriannya dimana wajib bagi seorang islam untuk menjaga aibnya sendiri dan juga orang lain.

Bukan itu sahaja, Azhar berpendapat masalah yang dihadapi dengan keluarga perlu diselesaikan dengan cara yang betul dan tidak perlu berkongsi rahsia antara ahli keluarga secara terbuka di laman sosial.

Bagaimanapun, pelakon kelahiran Pahang itu memohon maaf atas kesilapannya dan meluahkan rasa sayang kepada Balqis. Malah, dia mendoakan agar segala urusan pelakon remaja itu dipermudahkan.

Azhar Sulaiman Ulas Isu Puteri Balqis, Netizen Sindir Minta Tegur Anak Sendiri Dulu


Sumber: Instagram @azharbsulaiman

About Zarul Zainal

Check Also

“Bnyk kali sya pesan jangan mandi pantai..” Jumpa m4yat di celah batu, Qhalisya mninggaI dunia lem4s di Pantai Tanjung

KOTA TINGGI: “Hari jadi saya kali ini akan saya ingat sampai mati. Saya sedih sangat… …

Leave a Reply

Your email address will not be published.

16 + 1 =