Psangan kekasih muda ditemui m4ti dlm kreta Kancil

ALOR GAJAH – Seorang pemuda dan seorang pelajar perempuan dipercayai pasangan kekasih ditemui mati dalam sebuah kereta jenis Perodua Kancil di kawasan Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) Ayer Limau, Lubok Cina di sini pada Rabu.

  

        

         

“Pasukan perubatan yang berada di lokasi kejadian mengesahkan kedua-dua mangsa telah meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum dibawa ke Hospital Melaka untuk proses bedah siasat.

“Siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kenderaan tersebut milik bapa lelaki terbabit.

“Besar kemungkinan mereka dipercayai terhidu gas karbon monoksida memandangkan pendingin hawa dalam keadaan terbuka dan kenderaan tersebut juga telah kehabisan minyak,” katanya, lapor Sinar Harian.

Dalam pada itu, berdasarkan pemeriksaan lanjut, mereka juga turut menemukan botol minuman dan telefon bimbit milik mangsa.

“Siasatan juga mendapati kedua-dua mangsa berasal dari daerah ini termasuk mangsa perempuan bersekolah di sekolah menengah di daerah sama.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut memandangkan siasatan awal tidak menemui sebarang petunjuk kepada unsur jenayah,” jelasnya lagi.

“Jika tidur di dalam kenderaan sila buka tingkap sedikit supaya oksigen dapat masuk dengan lebih banyak” – Faizal

“Bersangka baik… Kita Xthu LG nasib kita .. moga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang bertaqwa… Aamiin2” – Atiey

“Mungkin gas monoksida ke apa ntah nama gas tu bocor kut..mungkin diorang berdua tido rehat sekejap dalam kereta cermin tertutup..jadi tak mustahil gas beracun tu terperangkap dalam kereta” – Nurul Ain

“Byk dh kes mati dlm kereta masa paking.. sebab bukak aircond tapi tingkap kereta tu tutup rapat ..kalau boleh elakkan la perkara begini berlaku lagi ..bkk la sikit tingkap tu bg oxigen boleh keluo masuk” – Zanie

Sumber SH

About Zarul Zainal

Check Also

“Bnyk kali sya pesan jangan mandi pantai..” Jumpa m4yat di celah batu, Qhalisya mninggaI dunia lem4s di Pantai Tanjung

KOTA TINGGI: “Hari jadi saya kali ini akan saya ingat sampai mati. Saya sedih sangat… …

Leave a Reply

Your email address will not be published.

5 − one =