‘Ank sya mngkin djuaI kepada sindiket jika poIis lambat kesan suspek’ – Bayi sembilan bulan diculik cucu pengasuh, brjaya dselamatkn

Seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan dilarikan seorang remaja dari jagaan neneknya yang ketika itu sedang menunaikan solat.

RAKAMAN VIDEO PENCULIKAN ADA DI BAWAH SEKALI

Lapor Kosmo, mangsa dilaporkan hilang pada jam 5.30 petang dan gambar mangsa disebarkan oleh ibu bapanya di media sosial bagi mendapatkan bantuan orang ramai untuk mencari anaknya.

                 

Pasangan itu kemudian menerima panggilan dari polis yang memaklumkan suspek telah berjaya dikesan tetapi bayi mereka tiada bersama dengan suspek.

Selepas 10 minit kemudian, mereka mendapat panggilan yang memaklumkan Raisya berjaya ditemui dalam keadaan selamat dan telah dibawa ke Hospital Bukit Mertajam untuk pemeriksaan.

“Memang bagaikan mimpi dan lembik lutut saya sebaik dapat memegang dan peluk anak di hospital. Selalu dengar cerita sahaja anak diculik, tetapi tak sangka kami sendiri melalui kejadian ngeri itu.

“Anak saya itu mungkin dijual kepada sindiket sekiranya pihak polis lambat mengesan suspek, memandangkan bayi kami ditemui dalam sebuah van yang dipercayai dalam perjalanan ke sempadan negara jiran, melalui negeri di pantai timur,” katanya.

Sementara itu, lima individu termasuk suspek remaja perempuan bawah umur itu direman selepas polis mendapat perintah dari Mahkamah Bukit Mertajam, semalam.

Suspek terdiri daripada dua wanita dan tiga lelaki berusia lingkungan 14 hingga 43 tahun itu direman selama empat hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik.

“Tahniah PDRM cekap dan pntas brtindak..Alhamdulillah Raisya selamat..Semoga slps ini kes culik dan pmerdagangan mnusia dpt diperketatkan pnguasaan dan undang2..Semoga pesalah dpt hukuman yg setimpal..” – Haslinda

“kes pemerdagangan manusia sngt kejam.. pesalah ni patut terima hukuman plg berat x kira la wpun dia bwh umo.. teruma mangsa dan keluarga.. org yg terlibat dlm jenayah ni adalh sekejam2 manusia.. x layak hidup..” – Nur Farah

“Geram baca..kalau dapat kat aku mau botak rambut oren dia kena senjah..anak orang sesedap dia je nak jual2 .. umor baru setahun jagung dek ..da sabit permerdagangan manusia .. merempat la dalam penjara ..buat sesuatu tak pikir panjang” – Scha Mazlan

“Masih bawah umur, 15 tahun, tak layak dapat lesen, berani dia tunggang sebelah tangan. Sebelah tangan lg pegang baby. Alhamdulillah Allah lindungi baby ini.” – Noraziah

       

Tonton Video :

Sumber: Kosmo, Malaysia Gazette

About Zarul Zainal

Check Also

“Bnyk kali sya pesan jangan mandi pantai..” Jumpa m4yat di celah batu, Qhalisya mninggaI dunia lem4s di Pantai Tanjung

KOTA TINGGI: “Hari jadi saya kali ini akan saya ingat sampai mati. Saya sedih sangat… …

Leave a Reply

Your email address will not be published.

four × one =