Diser4ng s4wan berulang kali, bapa maklum keadaan Ainul Mardhiah semakin teruk – “Perit tak terucap bila tengok..”

Umum sedia maklum, bahawa sebelum ini keadaan adik Ainul Mardhiah yang dilaporkan tenat akibat jangkitan kuman merebak ke seluruh tubuh menyebabkan beliau terpaksa dikejarkan ke Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) dan terpaksa ditidurkan.

Namun, sejak beberapa hari lepas kanak-kanak kecil berusia 4 tahun itu dikatakan sudah tidak lagi kritikal namun masih menggunakan ventilator dan masih berada di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Bagaimanapun, menerusi hantaran terkini di Facebook ayah Ainul, Ahmad Safiuddin Ahmad, beliau memaklumkan keadaan anaknya itu kini semakin teruk selepas diserang sawan berulang kali.

Menurutnya, ini adalah kali pertama Ainul terkena sawan dan ia berlaku sebanyak 4 hingga 5 kali dalam tempoh kurang 12 jam.

Malah, beliau juga berharap agar ada keajaiban dari Allah dan memohon supaya orang ramai di luar sana mendoakan anaknya itu kembali sihat dan kuat seperti sedia kala.

Dalam hantaran yang sama juga, Ahmad Safiuddin memaklumkan doktor kini masih menjalankan rawatan CT Brain dan Ultrasound di perut Ainul bagi mengenal pasti punca terjadinya sawan ke atas anak kecil itu.

“Semalam waktu sawan menyerang, walid ada di sisi kakak. Perit tak terucap bila tengok keadaan kakak semalam. Sakit.

“Hari ini Doktor buat CT Brain dan ultrasound di perut. Walid berharap sangat tak ada perkara yang serious menjadi penyebab kakak tiba tiba sawan semalam. Dan walid berdoa pada Allah swt, sawan semalam tidak memberi apa apa kesan buruk pada tubuh badan kakak. Kami semua sayang Ainul,” jelasnya.

About Zarul Zainal

Check Also

“Bnyk kali sya pesan jangan mandi pantai..” Jumpa m4yat di celah batu, Qhalisya mninggaI dunia lem4s di Pantai Tanjung

KOTA TINGGI: “Hari jadi saya kali ini akan saya ingat sampai mati. Saya sedih sangat… …

Leave a Reply

Your email address will not be published.

4 × two =