“Saya anak y4tim piatu, abah Iayan sama seperti anak sendiri..” – Nik Mohd Adhar

Gambar-gambar seorang warga emas berlari berkaki ayam mendapatkan anak buahnya yang juga merupakan seorang penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang rebah sewaktu perbarisan  Hari Penguat Kuasa KPDNHEP di Maktab Penjara Kajang pastinya menjadi hal paling viral hari ini.

Kasih seorang bapa

Mana tidaknya, gambar yang dikongsikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi di akaun Facebooknya membuatkan warganet sebak kerana terkenangkan kasih seorang bapa.

Anak yatim piatu

Menerusi laporan dari Sinar Harian, Nik Mohd Adhar yang berusia 22 tahun itu memaklumkan bahawa dia merupakan anak yatim piatu dan sudah dibesarkan oleh bapa saudara, Abdul Aziz Ya’acob, 60 serta isterinya Rosmawati Ismail, 53 sejak kecil lagi.

“Saya anak y4tim piatu, abah Iayan sama seperti anak sendiri..” - Nik Mohd Adhar

Dua kali rebah, dah 3 hari demam

Tambah Nik Adhar, ibu dan bapa saudaranya yang bekerja sebagai pemandu teksi sudah menganggapnya seperti anak mereka sendiri dan dia juga memanggil warga emas itu dengan panggilan mak dan abah.

Menurutnya, ketika kejadian, dia memang sudah tidak berapa sihat sejak tiga hari yang lalu. Bapa saudaranya melulu ke dalam barisan setelah kali kedua dia rebah.

“Saya anak y4tim piatu, abah Iayan sama seperti anak sendiri..” - Nik Mohd Adhar

Difahamkan, pemuda tersebut berasal dari Tumpat Kelantan dan sedang bertugas di Tawau Sabah.

Anak angkat Asyraf Wajdi

“Saya anak y4tim piatu, abah Iayan sama seperti anak sendiri..” - Nik Mohd Adhar

Rupanya bapa saudara yang berlari kaki ayam

Merujuk kepada laporan dari Berita Harian, ramai yang menyangkakan bahawa lelaki yang rebah adalah anak kepada warga emas terbabit namun sebenarnya adalah anak saudara yang sudah kematian orang tua dikenali sebagai Nik Mohd Asdhar .

Dapat dilihat yang bapa saudara kepada Nik Mohd Asdhar berlari tanpa memakai kasut demi menampung tubuh pemuda itu yang beberapa kali rebah sewaktu perbarisan sebelum bantuan perubatan tiba.

Memang ramai sebak

Seorang pengguna Facebook  dikenali sebagai Hidayatul Hannani yang turut berada di lokasi perbarisan juga sempat berkongsi video ketika situasi cukup sebak itu berlaku sehingga membuatkan ramai yang bergenang air mata.

“Saya anak y4tim piatu, abah Iayan sama seperti anak sendiri..” - Nik Mohd Adhar

Sudah kehilangan ibu bapa sejak kecil

Dalam pada itu, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr  Asyraf Wajdi Dasuki memaklumkan di laman Facebook miliknya dengan meluahkan rasa tidak sangka bahawa pemuda yang rebah itu adalah anak angkatnya yang kini sedang bertugas di KPDNHEP Tawau, Sabah.

Menurutnya, Nik Mohd Adhar telah kehilangan orang tua sejak di bangku sekolah lagi dan warga emas yang memapahnya sewaktu pitam adalah bapa saudara yang dikenali sebagai Abdul Aziz Ya’acob.

Tambahnya, beliau baru sahaja menghubungi Nik Adhar yang difahamkan kurang sihat sewaktu perbarisan tersebut.

Semoga Allah S.W.T memberikan kesembuhan kepada Nik Muhd Adhar dan ribuan penghargaan kepada bapa saudara yang sangat mengasihi dirinya.

Sumber: Sinar Harian (Tuan Buqhairah Tuan Muhamad Adnan)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut

About Zarul Zainal

Check Also

-“Skuat mna pun psti kalah dengan riindu..”- Tular Viideo Berdua Dengan Syamsul, Rmai Doakn Puteri Sarah

Menerusi satu perkongsian video yang dikongsikan oleh pemilik akaun Tiktok Puterisarahliyanaa yang merupakan akaun fans …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

two × five =