lsteri ingin bersaIin di h0spitaI swasta, suami trpaksa kerja siang maIam kumpuI RM1O,OOO

“ Bersederhanalah dlm berbelanja, ukur baju dibadan sendiri, jngn ikut orng, sian kt suami, bersalin kt swasta ka kerajaan ka sama ja sakit dy ,sikit pon x dk beza, semoga rezeki suami sentiasa melimpah ruah.. ”

Baru-baru ini tular tweet seorang wanita yang memberi amaran kepada bakal suaminya yang dia hanya mahu bersalin di hospital swasta sahaja jika mengandung nanti.

Tweet tersebut mendapat reaksi daripada ramai pihak termasuk seorang lelaki yang berpengalaman bertugas di bahagian pendaftaran kemasukan ke wad di sebuah hospital swasta terkemuka.

Perkongsian dari Mohd Hilmi Ahmad Adnan ini amat bermakna untuk dijadikan panduan oleh pasangan suami isteri yang bakal bergelar ibu ayah.

Bila baca tweet perempuan ni, teringat masa tahun 2016 dulu, ada sepasang suami isteri ni datang nak admit kat Gleneagles Medini untuk LSCS.

Kesiannya Duit Ngam-Ngam Je

Suami dia cakap “Saya memang ada RM10,000 je encik. Ada lagi sikit duit dlm akaun sy tu untuk buat kenduri untuk baby nanti”.

Tapi aku cakap kat dia, dia masih ada masa kalau nk ubah fikiran untuk bawa isteri dia pergi GH kalau betul2 duit dia cuma ngam2 sbb due date isteri dia pun belum sampai lagi sebenarnya & isteri dia belum ada contraction.

Lagi pula, dia dah memang ada buku pink GH tu. Ataupun, dia boleh duduk kat double bedded sbb estimated cost utk double bedded LSCS cuma RM8,000 lebih je masa tu.

Lepastu suami dia jawab “Tak apalah encik. Proceed je. Mmg dia teringin nak beranak kat sini. Lagipun kalau duduk kat ward 2 org, sy tak boleh teman dia tidur kan?”.

Aku pun proceed je lah admission tu. Masa aku pakaikan wristband pd isteri dia tu, muka isteri dia mmg nampak macam excited gila. Maklumlah, belum rasa sakit lagi. Hehe.

Selang dua hari lepas tu aku tgk dalam sistem, isteri dia dapat discharge dah. Total bil lebih RM11,000. Tapi baby dia masih tak dapat discharge sebab jaundice. Maksudnya, bil akan semakin bertambah-tambah lah.

So pada para isteri, janganlah nak ikut trend sangat atau nak beranak kat hospital yg gah sangat kalau dah tau si suami tu tak berapa mampu.

Ni baru2 tengok Siti beranak kat Gleneagles, jgn plak terus teringin beranak kat Gleneagles.

Kesian kat suami tu. Bertolak ansur lah. Duit tu boleh buat benda lain yg lebih penting lagi lepas baby tu dh keluar.

Jangan Lupa Pengorbanan Suami Juga

Kalau yg betul-betul mampu, silakan lah. Tak salah pun sebab memang selesa pun kalau dok kat hospital swasta. Alangkan staf hospital yg dapat diskaun tu pun takut nak beranak kat hospital tu.

Selalu org sebut pasal betapa besarnya pengorbanan isteri mengandung & melahirkan anak. Ye, mmg tak ada sesiapa dpt nafikan pengorbanan isteri & ibu tapi tak ramai yg sebut pengorbanan suami yg macam ni.

Ada penambahan sikit. Aku bukan anti hospital swasta lah. In fact, akak & adik aku pun bersalin kat hospital swasta. Tapi kalau ye pun nak bersalin kat swasta, tgk lah pd bajet anda.

Yg aku cerita dlm posting sebelum ni, suami dia tak berapa mampu tapi dia nak duduk hospital 5 star. Dan aku advice suami dia utk pergi GH tu sebab kami ni staf hospital, DILARANG promote hospital swasta lain. Sebab tu aku suggest suami dia pergi GH.

Bayangkan, anda tidak berapa ada kemampuan tapi anda nak pergi bersalin kat hospital yg kosnya cecah RM12,000 utk LSCS sedangkan anda boleh bersalin dgn kos cuma RM5,000 kat hospital swasta lain.

Lebih elok jika duit tu anda simpan untuk keperluan anda dan keluarga anda selepas anda bersalin. Bagi yang berkemampuan atau yg nak 1st class service & treatment, dialu-alukan ke hospital mewah (Gleneagles, Prince Court etc).

Tepuk dada, tanya selera. Apa-apa pun, terpulang pd anda nk bersalin kat mana sebab itu duit anda & anak anda. Buatlah perbincangan antara suami & isteri. Kerana suami & isteri ada pengorbanan masing-masing

Sumber: Mohd Hilmi Ahmad Adnan

About Zarul Zainal

Check Also

Seorang ayah cuba seIamatkan anak tergeIincir daIam sungai tetapi gagaI, 2 beranak meninggaI dunia Iemas.

Dua beranak mati lemas selepas si ayah tidak berjaya selamatkan anaknya yang tergelincir ke dalam …

Leave a Reply

Your email address will not be published.

3 × 3 =