Sikap Bor0s DaIam BerbeIanja Punca Gaji RM 1,2OO Tidak Cukup, Kata Pakar Kewangan.

Penafian : Gambar yang digunakan hanyalah sekadar hiasan

“ Sepatutnya gaji pakar2 ni kena bagi RM1,200 sebulan termasuk menteri2 kat Malaysia ni… dok sembang bohong sana sini tak lepas, kemudian salahkan rakyat habis cerita.. ingat rakyat Malaysia ni bengap kot.. ” -netizen

Kakitangan awam yang menerima gaji minimum sebanyak RM1,200 bakal berdepan krisis kewangan yang teruk terutama bagi mereka yang tinggal di sekitar Lembah Klang.

Pakar Ekonomi, Prof. Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff berkata, gaji pokok penjawat awam yang diterima ketika ini adalah lebih rendah daripada purata pendapatan isi rumah kasar yang direkodkan Jabatan Perangkaan Malaysia pada 2020 iaitu sebanyak RM7,089.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, sudah tiba masanya kakitangan awam di negara ini menikmati gaji permulaan yang lebih tinggi bagi memastikan mereka tidak terbeban dengan pelbagai masalah termasuk bebanan hutang.

Dalam pada itu, pakar kewangan, Azizi Ali pula memberitahu, sikap boros berbelanja menjadi salah satu kepada penyumbang punca gaji minimum RM 1,200 yang diterima penjawat awam pada setiap bulan ketika ini tidak mencukupi.

Lebih parah, gaji bulanan yang diterima tidak diuruskan dengan baik serta teliti sehingga ada yang terpaksa melakukan dua pekerjaan, berhutang dan mengikat perut.

‌Tambah Azizi, terdapat pelbagai platform termasuk YouTube yang membincangkan mengenai pengurusan wang secara berhemah selain bahan dalam bentuk cetakan untuk rujukan orang ramai.

Tambahnya lagi, isu berbelanja melebihi kemampuan bukanlah satu perkara yang baharu dan ia perlu dikikis agar kehidupan lebih terjamin.

Kosmo! Ahad lalu melaporkan gaji minimum sebanyak RM1,200 bagi penjawat awam dianggap sudah tidak relevan lagi terutamanya untuk menampung peningkatan kos sara hidup pada masa kini.

Presiden Kongres Kesatuan PekerjaPekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam, Datuk Adnan Mat berkata, situasi tersebut menyebabkan ada dalam kalangan penjawat awam yang terpaksa melakukan dua pekerjaan semata-mata untuk memastikan keperluan keluarga dapat disediakan sepenuhnya.

Sumber : Kosmo! Online, ohtular.com

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa LIKE, KOMEN Dan SHARE Ya.

Terima Kasih.

PERHATIAN : Pihak Kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Sementara itu, dibawah ini antara artikel menarik untuk anda ikuti

About Zarul Zainal

Check Also

-“Skuat mna pun psti kalah dengan riindu..”- Tular Viideo Berdua Dengan Syamsul, Rmai Doakn Puteri Sarah

Menerusi satu perkongsian video yang dikongsikan oleh pemilik akaun Tiktok Puterisarahliyanaa yang merupakan akaun fans …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

7 − five =