(Khabar Gembira) Gaji keciI, tiada ‘PaysIip’ kini boIeh beIi rumah

Berita gembira itu memberi sinar baharu dan kini gaji kecil dengan pendapatan purata kasar minima RM 1,000 sebulan tanpa slip gaji, bukan lagi penghalang utama memiliki rumah impian. Gambar hiasan.

Rakyat golongan B40 dan M40 yang tidak mempunyai pekerjaan tetap dan tiada slip gaji untuk pembiayaan membeli rumah menarik nafas lega dengan pengumuman perdana menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Johor, baru-baru ini.

Impian mereka untuk memiliki kediaman sendiri bakal tercapai apabiia kerajaan sedia membantu mempermudahkan pinjaman perumahan menerusi Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP).

SJKP merupakan syarikat milik penuh kementerian kewangan dan sebanyak RM 2 bilion diperuntukkan untuk tujuan tersebut dalam belanjawan 2022.

Permohonan Rumah Skim Jaminan Kredit Perumahan (SJKP) 2020

Tahukah anda walaupun bergaji bersih RM 1,000 sebulan, anda mampu membeli rumah sendiri di bawah Skim Jaminan Kredit Perumahan atau SJKP.

Dan menariknya lagi, pemohon yang tiada penyata pendapatan bulanan seperti nelayan, petani, operator kilang, peniaga kecil, pemandu teksi, dan pekerja am masih berpeluang memiliki rumah pertama berharga RM 300,000 ke bawah melalui SJKP.

Terbaru, Bank Muamalat telah melancarkan Skim Smart Mortgage-SJKP dengan peruntukkan sebanyak RM 70 juta kepada 300 pelanggan yang akan menikmati pembiayaan 100% daripada harga belian.

Tentang SJKP

Proses Permohonan

Proses permohonan / pendaftaran Skim Perumahan SJKP adalah seperti berikut:

Mengenal pasti rumah yang ingin dibeli dan mendapatkan dokumen berkaitan seperti draf perjanjian jual beli / resit bayaran tempahan.

Dapatkan surat pengesahan pendapatan daripada individu yang dibenarkan (Pegawai Kerajaan Kategori A, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Penghulu atau wakil yang terpilih. Surat itu hendaklah menyatakan nama, nombor kad pengenalan, sumber pendapatan, purata pendapatan bulanan, tempat perniagaan dan tempoh berniaga. Sila dapatkan dua surat berasingan sekiranya kedua-dua suami dan isteri mempunyai sumber pendapatan berasingan. Untuk kakitangan bergaji, sila bawakan penyata gaji dan penyata EPF.

Menyediakan dokumen sokongan sumber pendapatan seperti penyata akaun simpanan, lesen perniagaan, kad pendaftaran nelayan atau rumah geran tanah (untuk aktiviti pertanian) atau lain-lain dokumen sokongan aktiviti jual beli.

Sila bawa semua dokumen yang dinyatakan dan mohonlah pembiayaan perumahan dimana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang terdekat yang menyertai skim jaminan ini.

Antara institusi kewangan yang terlibat ialah:

AFFIN BANK

AFFIN ISLAMIC

AGRO BANK

ALLIANCE BANK

ALLIANCE ISLAMIC BANK

AMBANK GROUP

AMISLAMIC BANK

BANK ISLAM

BSN

BANK RAKYAT

HONG LEONG BANK

HONG LEONG ISLAMIC BANK

MAYBANK

MAYBANK ISLAMIC

BANK MUAMALAT

Permohonan mestilah dibuat di mana-mana cawangan institusi-institusi kewangan yang turut serta dalam skim ini dan bukan secara terus ke pejabat SJKP Berhad.

Syarat Kelayakan

Warganegara malaysia berumur 18 tahun dan ke atas.

Berpendapatan tidak tetap seperti peniaga kecil, petani, pemandu teksi, nelayan dll atau berpendapatan tetap (tertakluk kepada RM 200.0 juta yang pertama sahaja). Pinjaman bersama dibenarkan.

Pembelian kali pertama rumah kediaman kos rendah / sederhana / mampu milik dan untuk didiami.

Pembelian rumah kediaman baru/didalam pembinaan atau sedia ada atau lelongan.

Pendapatan purata kasar minima RM 1,000 sebulan.

Mesti bermastautin di dalam lingkungan 20km daripada cawangan institusi kewangan tempat permohonan dibuat.

Pembayaran bulanan kesemua pinjaman < 65% daripada pendapatan kasar.

Rekod tunggakan ccris <2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini.

Tiada rekod-rekod negatif lain bagi tempoh 24 bulan terkini.

Skim jaminan kredit perumahan hanya sah untuk pembelian rumah kos rendah dan sederhana sama ada sedang dibina atau telah siap, rumah sedia ada daripada penjual atau lelongan.

SJKP tidak menjamin pembiayaan perumahan untuk pembinaan rumah di atas tanah sendiri.

Sekiranya anda masih mempunyai sebarang persoalan tentang skim ini, anda boleh menghubungi kami di talian 03-2096 5000.

About Zarul Zainal

Check Also

-“Skuat mna pun psti kalah dengan riindu..”- Tular Viideo Berdua Dengan Syamsul, Rmai Doakn Puteri Sarah

Menerusi satu perkongsian video yang dikongsikan oleh pemilik akaun Tiktok Puterisarahliyanaa yang merupakan akaun fans …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

3 × two =