Bah4na guna duit ‘percuma’ settlekan hutang rumah, suami isteri ditahan

“ Ok lah penjara max 5 tahun. Keluar penjara kepala dah lapang hutang dah setel. Ini kerja 30 tahun pun hidup masih berhutang.. ” – netizen

Tindakan sepasang suami isteri membelanjakan hampir kesemua duit RM208,329 yang dimasukkan secara tidak sengaja ke dalam akaun mereka memakan diri apabila didakwa dengan 60 pertuduhan salah guna wang semalam.

Pemandu lori, Nor Hasni Edirin Hasan, 41, mengaku bersalah, manakala isterinya, Siti Hajar Hasan Basri, 36, membuat pengakuan sebaliknya di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Majistret Butterworth di sini, Foon Char Peng.

Mereka didakwa secara bersama melakukan salah guna wang berjumlah lebih RM191,312.70 milik Mandy Corporation Sdn. Bhd. pada Julai dan Ogos tahun lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di beberapa buah bank di daerah Seberang Perai Utara di antara 4 Julai hingga 11 Ogos 2020 bagi kesemua 60 pertuduhan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Norliza Ab. Aziz dan Asma’ ‘Amira Shahidan, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah membenarkan tertuduh masing-masing diikat jamin sebanyak RM3,000 bagi setiap pertuduhan yang keseluruhannya berjumlah RM360,000 bagi kedua-duanya.

Pasangan itu dihantar ke Penjara Reman Pulau Pinang di George Town selepas gagal membayar jaminan.

Kes disebut semula pada 2 Februari depan.

4 Langkah Untuk Dapatkan Wang Anda Kembali Jika Tersilap Transfer Akaun Orang Lain

“Alamak.. tersalah transfer duit..nak buat macam mana ni..”

Pernah tak tersalah tranfer duit kepada orang yang tak dikenali? Memang nampak remeh tapi, kes tersalah transfer duit memang kerapkali berlaku tanda sedar. Jika ia terjadi pada anda, jangan risau dan mula bertindak. Ini 4 langkah jika anda tersalah pindahkan wang ke dalam akaun orang lain.

1.LAPORKAN KEPADA POLIS

Setelah anda sedar tersalah pindahkan wang, pastikan anda buat laporan polis. Sangat penting untuk anda tulis selengkap-lengkapnya pada laporan itu. Laporkan bagaimana anda tersalah pindahkan, bila duit itu dipindahkan dan sebagainya.

2.BAWA LAPORAN POLIS KE BANK BERDEKATAN

Setelah lakukan laporan polis, bawa laporan itu kepada bank yang berdekatan. Terangkan perkara tersebut kepada pegawai bank yang bertugas. Jangan lupa minta tolong mereka untuk dapatkan kembali duit yang telah dipindahkan tersebut.

3.TUNGGU BANK HUBUNGI PEMILIK AKAUN & DAPATKAN PERSETUJUAN MEREKA

Bukan bermakna bila anda berhubung dengan bank anda akan terus dapatkan duit anda semula. Pihak bank mestilah hubungi pemilik akaun bank yang anda telah pindahkan wang. Oleh kerana ia berpunca dari anda tersalah transfer, jadi ia perlulah mendapat persetujuan mereka untuk dapatkan wang itu semula.

4.JIKA PEMILIK AKAUN TIDAK BERSETUJU

Jika pemilik akaun yang menerima wang itu tadi enggan bersetuju memulangkan wang, perkara terakhir yang anda perlu lakukan adalah bawa kes ini ke mahkamah. Jika amaun yang telah dipindah kurang dari RM5 000, anda perlulah lakukan fail ‘Small Claim Procedure‘ dan mahkamah majistret hanya boleh lakukan jika amaun itu tidak melebihi. Anda tak perlukan peguam di dalam mahkamah.

Manakala untuk yang melebihi RM5 000 pula, anda perlu gunakan perkhidmatan peguam untuk dapatkan semula duit anda.

Terima kasih kepada tuan editor/wartawan , Sumber Artikel : Kosmo! Online

About Zarul Zainal

Check Also

“Bnyk kali sya pesan jangan mandi pantai..” Jumpa m4yat di celah batu, Qhalisya mninggaI dunia lem4s di Pantai Tanjung

KOTA TINGGI: “Hari jadi saya kali ini akan saya ingat sampai mati. Saya sedih sangat… …

Leave a Reply

Your email address will not be published.

5 × 3 =