“Saya tak mahu menyesaI” – Fikry Ibrahim tidak kisah uIang-aIik ke kampung demi jaga ibu yang s4kit

“ Alhamdulillah.. Bagus lah.. Tak semua anak mampu buat macam tu.. Benda lain boleh cari, tapi mak cuma 1.. Kalau ada yang lain pun takkan sama.. ”

PELAKON Fikry Ibrahim tidak pernah melihat menjaga ibunya yang diser4ng peny4kit ang1n ahm4r sejak dua tahun lalu sebagai satu pengorbanan sebaliknya ia tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sebagai seorang anak.

Atas sebab itu juga, Fikry sanggup berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Kedah untuk menjaga dan menghabiskan masa bersama ibunya, Bibi Zaleha kerana ingin membalas segala jasanya selain tidak mahu menyesal suatu hari nanti.

“Saya tak mahu menyesaI” - Fikry Ibrahim tidak kisah uIang-aIik ke kampung demi jaga ibu yang s4kit

Fikry lebih fokus soal ibu berbanding diri sendiri.

Fikry berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Dewi Remaja 2022 yang memperlihatkan dia akan bertindak sebagai hos bagi program berkenaan.

Dalam pada itu, Fikry berkata, dia tidak membawa ibunya tinggal bersamanya di Kuala Lumpur kerana tiada siapa boleh membantu menjaga ibunya yang memerlukan pemantauan sepanjang masa.

Sebaliknya, keputusan meletakkan ibunya di kampung adalah langkah lebih baik kerana mempunyai ahli keluarga yang sanggup berkorban menjaga ibunya.

Sementara itu, Fikry memberitahu, rutinnya itu membuatkan dia tidak mempunyai masa untuk diri sendiri apatah lagi perlu bijak membahagikan masa di antara karier, menguruskan perniagaan dan paling penting menjaga ibunya.

Pun begitu, pelakon drama Nusyuz Berkiblat Cinta ini memberitahu demi memastikan dapat menjaga ibunya, dia sanggup menolak banyak tawaran namun tidak berasa kesal kerana percaya rezeki itu daripada Allah.

Sementara itu, Fikry memberitahu dengan situasi sekarang, soal jodoh adalah perkara akhir dalam fikirannya kerana fokus utamanya adalah untuk melihat ibunya kembali pulih daripada peny4kitnya.

Malah ibunya sendiri tidak mengharapkan dia menamatkan zaman bujang dalam tempoh terdekat dan meletakkan perkara itu kepada dirinya.

Sumber : mstar

About Zarul Zainal

Check Also

“Bnyk kali sya pesan jangan mandi pantai..” Jumpa m4yat di celah batu, Qhalisya mninggaI dunia lem4s di Pantai Tanjung

KOTA TINGGI: “Hari jadi saya kali ini akan saya ingat sampai mati. Saya sedih sangat… …

Leave a Reply

Your email address will not be published.

thirteen − eight =