BeIi Barang Lain DuIu Baru BoIeh BeIi Minyak Paket, Syarat Baru Dari Peniaga

“ Kalau peniaga buat prangai mcm ni..baik krajaan lupus kan trus minyak bersubsidi ni..senang..juai minyak mcm juai dadah..sembunyi merata.. ”

Beberapa pemilik kedai runcit di sekitar Changkat Jering Taman di sini dikesan menetapkan syarat pengguna membeli barang lain terlebih dulu sebelum dibenarkan mendapatkan minyak masak paket.

Perkara itu didakwa berlaku oleh seorang peniaga kecil-kecilan di Changkat Jering yang mesra disapa Mak Su, 51, dan cubaan membeli di premis berkenaan hari ini mendapati ia memang berlaku.

RAKAMAN VIDEO ADA DI AKHIR ARTIKEL INI

Mak Su mendakwa, sebuah premis di sini dikesan meminta minyak masak paket perlu dibeli bersama barangan lain pada harga tertentu.

Pembelian di sebuah gedung runcit di Changkat Jering mendapati minyak masak pek satu kilogram (kg) boleh diperoleh pada harga RM2.70 satu pek namun secara tersembunyi.

Minyak pek berkenaan tidak diletak di rak terbuka, sebaliknya ketika ditanya sama ada bekalan itu ada dijual, penjaga kaunter juruwang meminta kakitangan lain mengambilnya di stor kedai.

Minyak masak pek satu kg itu kemudian dibungkus dalam plastik hitam di stor kedai sebelum dibawa ke kaunter bayaran.

Beli barang RM 20, baru boleh beli minyak masak

Menerusi akaun Twitter ISU SEMASA VIRAL, video berdurasi seminit 20 saat itu menunjukkan seorang perakam yang dikatakan pelanggan di sebuah pasaraya merungut kerana ditetapkan syarat untuk membeli minyak masak paket.

Dalam rakaman itu, perakam menunjukkan peniaga yang seperti cuba ingin lari dan berdalih ketika disoal mengenai penetapan syaratnya. Ia adalah pelanggan harus membeli barang sebanyak RM 20 keatas jika ingin membeli minyak masak.

Bagaimanapun, dapat dilihat peniaga seolah-olah abaikan soalan pelanggan itu dan sibuk melakukan kerjanya. Oleh yang demikian, pelanggan tersebut berkeras ingin membeli minyak masak tersebut dan meletakkan 2 paket minyak masak di atas kaunter sebelum rakaman berakhir.

Video tersebut telah mendapat perhatian netizen, ada yang meminta agar perkara ini dilaporkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dan ada juga menyifatkan bahawa syarat lebih kurang sama diamalkan oleh peniaga-peniaga lain.

Tinjauan di sebuah pasar raya di sini, hari ini mendapati stok minyak masak botol lima kg masih berada di rak manakala pembeliannya dihadkan kepada tiga botol sekeluarga.

Tinjauan di tiga kedai runcit di sini hari ini juga mendapati situasi sama apabila stok minyak masak botol agak berkurangan di rak jualan.

About Zarul Zainal

Check Also

“Bnyk kali sya pesan jangan mandi pantai..” Jumpa m4yat di celah batu, Qhalisya mninggaI dunia lem4s di Pantai Tanjung

KOTA TINGGI: “Hari jadi saya kali ini akan saya ingat sampai mati. Saya sedih sangat… …

Leave a Reply

Your email address will not be published.

18 − 18 =