“Sunting Filem Pun Saya BoIeh Menangis, Inikan PuIa Urusan Rumah Tangga..” – SyamsuI Yusof

“ Percayalah.. Di setiap kejayaan lelaki ada 2 orang perempuan dibelakangnya yang sedang berperang.. ” – netizen

Meskipun dilihat tenang, pelakon dan pengarah filem Syamsul Yusof mengakui berdepan tekanan berat berhubung isu rumah tangganya yang menjadi perhatian ramai ketika ini.

Menurut laporan Harian Metro, pengarah filem Mat Kilau itu berkata sebagai manusia biasa, dia juga tidak mampu mengelak tekanan seperti itu namun sentiasa cuba berfikiran positif.

Syamsul berkata, dia sudah menjangka filem Mat Kilau akan menjadi fenomena namun tetap tidak dapat menyelesaikan masalahnya walaupun mempunyai duit.

Tambah anak kepada pengarah tersohor Datuk Yusof Haslam itu, kekuatan terdapat dalam dirinya mungkin daripada ibu bapa selain pengalaman dilalui sebelum ini.

Terdahulu, pemilik nama Mohd Syamsul Mohd Yusof itu terpalit kontroversi apabila isterinya Puteri Sarah Liyana mendakwa diganggu orang ketiga dalam hubungan rumah tangga mereka.

Berikutan itu, Puteri Sarah yang juga pelakon memfailkan satu tindakan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur serta dua aduan di pejabat agama terhadap seorang wanita dikenali sebagai Ira Kazar.

Sumber: Harian Metro (Norhayati Nordin) , Instagram Syamsul Yusof

About Zarul Zainal

Check Also

Gara Gara Diser4ng Str0k, Suami Buang isteri Sendiri DaIam Hutan. Akhirnya ini Yg BerIaku

JAKARTA – Seorang suami di Indonesia tergamak meninggalkan isterinya seorang diri di hutan selepas wanita …

Leave a Reply

Your email address will not be published.

one + 14 =