“Sejak Kahwin AnakMenantu Saya Hidup Bahagia, Cuma Akhir-Akhir lni Saya Perasan Dia..”– Ayah M4ngsa

“ Tengok… Betapa besarnya effect kerja terhadap keluarga.. Ayah mangsa pun mengaku anak menantu dia orang baik2 je.. ”

Johor Bahru: Seorang bapa tidak menyangka hubungan baik anak dan menantunya sejak berkahwin tahun lalu, berakhir dengan tragedi menyayat hati.

Rosman Ahmad, 58, berkata, dia terkejut ketika melihat anak perempuan dan cucunya berlumuran d4rah dan tidak bernyawa dipercayai dikelar di leher men4ntunya sendiri di Kampung Bakar Batu di sini, tengah hari tadi.

Rosman berkata, dia menerima panggilan telefon daripada anak sulungnya yang memaklumkan terdapat masalah di rumah anak ketiganya berusia 26 tahun sebelum dia bergegas ke lokasi kejadian.

Mangsa dan anak tunggalnya berusia kira-kira dua bulan, ditemukan meninggal dunia, dipercayai dikelar suaminya berusia 25 tahun.

Amir pula dilaporkan melarikan diri sejurus kejadian itu dengan menaiki motosikal dalam keadaan berb0g3l.

Beberapa video dan gambar memaparkan seorang lelaki dipercayai Amir iaitu suspek dalam kejadian kelar isteri dan anak itu kemudian tular di media sosial.

Menurut Rosman, anak dan menantunya itu dijadualkan bersanding 24 Julai ini memandangkan tidak dapat berbuat demikian selepas bernikah pada tahun lalu kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Malah, katanya, persiapan untuk majlis bersanding itu juga sudah siap dan hanya menunggu hari bahagia itu.

Isteri Rosman, Norazlina Hamdan, 50, berkata mereka sekeluarga reda dengan apa yang sudah berlaku kerana menganggap menantunya juga anak yang baik

“Anak saya kalau ada masalah banyak cerita dengan adik-beradik dia sahaja, tetapi tidak ada pula dia mengadu ada masalah kewangan.

“Jadi saya tidak sangka perkara ini boleh berlaku kerana sudah kenal menantu lama dan mereka baik,” katanya pasrah.

Jenazah kedua-dua mangsa kini berada di Jabatan Forensik Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bakar Batu di sini, esok.

Sumber: Metro

About Zarul Zainal

Check Also

“Bnyk kali sya pesan jangan mandi pantai..” Jumpa m4yat di celah batu, Qhalisya mninggaI dunia lem4s di Pantai Tanjung

KOTA TINGGI: “Hari jadi saya kali ini akan saya ingat sampai mati. Saya sedih sangat… …

Leave a Reply

Your email address will not be published.

5 × 3 =