“Jangan Dengki, Itu Rezeki Saya..” – Aliff Syukri Dakwa Dirinya Penyanyi LeIaki Nombor 1, Mahu HasiIkan Lagu Baru Jika Dapat Persetujuan Ramai

“ Jangan dengki, itu rezeki saya..”

Itu respons usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri mengenai lagu rayanya, Lala Raya yang sohor kini (trending) dalam YouTube.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH

Menurut Aliff atau nama sebenarnya Aliff Syukri Kamarzaman, 34, dia juga tidak menyangka Lala Raya mendapat sambutan hangat daripada netizen.

“Jangan Dengki, Itu Rezeki Saya..” - Aliff Syukri Dakwa Dirinya Penyanyi LeIaki Nombor 1, Mahu HasiIkan Lagu Baru Jika Dapat Persetujuan Ramai

Menjawab tohmahan netizen yang mempertikaikan kualiti video muzik dan vokalnya, pelakon filem Badang itu enggan mengambil pusing semua kritikan yang dilemparkan terhadapnya.

Usahawan selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri mendakwa dirinya adalah merupakan penyanyi lelaki nombor satu, manakala Datuk Seri Siti Nurhaliza pula penyanyi wanita nombor satu negara.

Perkara berkenaan dikongsikan sendiri oleh Aliff menerusi video temuramah bersama Datuk Aznil Hj Nawawi dalam rancangan Hard To Heart.

Selain dikenali sebagai seorang usahawan yang berjaya, Aliff juga pernah menghasilkan beberapa buah single, termasuk lagu Kelepok Raya yang mendapat kritikan netizen berhubung muzik video yang dihasilkan.

Dalam pada itu, usahawan yang sering mencetuskan kontrovers itu turut memaklumkan dia akan keluar dengan sebuah lagu baharu jika mendapat persetujuan ramai.

Mengulas lanjut mengenai dakwaan seorang pereka fesyen yang mengkritiknya, Aliff mempersoalkan mengapa lagunya yang menjadi pilihan untuk dikomen.

Tambah bapa kepada enam orang cahaya mata itu, impak daripada populariti lagu tersebut, dia menerima tawaran untuk menjadi duta kepada sebuah jenama kerusi urut terkenal, Gintell Malaysia.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama single Aliff dikritik kerana sebelum ini lagunya Bobo Dimana dan Abang Nak Tegur turut menerima kecaman ramai.

About Zarul Zainal

Check Also

-“Skuat mna pun psti kalah dengan riindu..”- Tular Viideo Berdua Dengan Syamsul, Rmai Doakn Puteri Sarah

Menerusi satu perkongsian video yang dikongsikan oleh pemilik akaun Tiktok Puterisarahliyanaa yang merupakan akaun fans …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

four × 4 =