“SiIat, bertanjak, pakai keris, semua itu buat air mata saya mengaIir..” – Syamsul Yusof

“ Di sebalik dugaan berat, tersergam indah segunung nikmat rezeki tidak terjangkau dek fikiran. Tahniah! Syamsul..”

Pengarah, Syamsul Yusof, terharu dengan semangat dan sambutan luar biasa yang diterimanya menerusi filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan yang harini telah mencatatkan kutipan melebihi RM12 juta dalam tempoh empat hari ditayangkan di pawagam.

Menganggap ia sebagai satu fenomena, Syamsul berkata, ini adalah hasrat yang sudah lama ingin dicapai iaitu untuk melihat kebangkitan filem Melayu ke persada yang lebih tinggi dan paling utama ia disokong oleh anak bangsa sendiri.

Selain itu, kata Syamsul, dia juga tidak menyangka ramai kalangan penonton sanggup datang ke pawagam untuk menonton filem ini sambil menggayakan busana persis pahlawan Melayu zaman dahulu kala, baik lelaki mahupun wanita.

Tambah Syamsul, menerusi filem ini, dia juga mahu penonton daripada semua peringkat usia dapat ‘bahagian’ masing-masing selain mampu berfikiran kritis.

“Apa yang saya paparkan di layar perak ini bukan berlaku pada zaman itu sahaja, tapi turut berlaku pada zaman sekarang. Kalau budak-budak dan remaja sekarang rasa silat ini satu warisan yang sangat berharga, memang itulah juga objektif saya.

“Kita harus berbangga dengan budaya dan warisan kemelayuan kita sendiri,”katanya.

Dalam pada itu, Syamsul juga berbangga dan terharu dengan info terbaru yang diterimanya apabila filem Mat Kilau ini telah mencatatkan kejayaan mengatasi filem antarabangsa, Jurassic World dan Top Gun Maverick di pawagam.

“Saya dan pasukan produksi telah menjalankan usaha terbaik untuk penghasilan filem ini. Bagi kami, terhasilnya filem ini juga sudah merupakan satu kejayaan. Soal kutipan, memang kami semua serah pada Yang Maha Esa.

“Tapi apabila diberitahu info mengenai jumlah kutipan dah cecah lebih RM12 juga melebihi pula dengan filem luar negara, saya pun dah tak tahu, sama ada perkataan berbaloi itu tepatkah untuk gambarkan perasaan ini. Ia lebih daripada itu. Alhamdulillah dan terima kasih semua kerana menyokong,”katanya.

About Zarul Zainal

Check Also

-“Skuat mna pun psti kalah dengan riindu..”- Tular Viideo Berdua Dengan Syamsul, Rmai Doakn Puteri Sarah

Menerusi satu perkongsian video yang dikongsikan oleh pemilik akaun Tiktok Puterisarahliyanaa yang merupakan akaun fans …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

20 − 19 =