Saya jaga suami masa sakiit dengan duit PERKES0. BiIa dah sihat, dia suruh ganti balik duit PERKES0 tu

Pergi kerja di hantar, balik di ambil. Mulanya saya rasa dia suami terbaik. Rupanya ada muslihat halus. Tak sampai dua tahun saya mengandung. Saya gembira tetapi suami tak mengaku itu anaknya. Pergi dan balik kerja saya diambil, jadi masa bila saya berz1na? Pelik sungguh!

#Foto sekadar hiasan. Agaknya dalam dunia yang sem4kin maju sekarang, ramai suami yang suka pukuI isteri untuk melepaskan masalah kehidupan mereka yang tidak menentu atau memang kaki pukuI sejak kecil. Apakah kerana mereka lihat keadaan yang sama dalam keluarga mereka?

Sudahlah kaki pukuI, cemburu pula. Suka p4ksa ikut arahannya, jika bantah, pasti kaki dan tangannya hinggap ke badan saya. Siapa boleh tahan. Sebab itu saya terp4ksa buat keputvsan tinggalkan rumah (lari dari rumah) untuk selamatkan diri.

Saya tidak peduli apa masyarakat khususnya jiran tetangga nak cakap pasal saya lari dari rumah, apa yang penting saya hendak selamatkan nyawa saya dua beranak. Bila suami dah berani pegang pis4u ini bukan benda main main.

Kata Shikin, masalahnya telah dibawa ke mahkamah syariah tetapi sudah tiga kali naik mahkamah, masalah masih tak selesai juga. Masih tak dapat cerai. Biasalah suami tetap tak mahu datang ke mahkamah, sebaliknya tuduh dia nusyuz dan suruh taat kepada suami.

Tetapi dia tak berani dan tak berhasrat meneruskan perkahwinan ini. Saya sudah buat laporan polis dan saya sertakan dengan laporan doktor hospitaI tentang keced3raan yang dialami. Dan semua itu sudah saya hantarkan ke mahkamah untuk proses tuntut cerai, tetapi semuanya tertangguh.

Kini sudah dua tahun masalah saya jadi lebih rumit. Kes yang terg4ntung ini bukan sahaja membuat saya hampir naik sasau, menghadapi tekanan perasaan, tetapi sentiasa dalam ketakutan. Sebab saya takut suami datang heret dan p4ksa saya balik rumah.

Sebab tuduh saya nusyuz tinggalkan rumah. Harapan saya dengan bercerita ini dapat mengurangkan sedikit masalah besar yang terbenam dalam kepala dan hati ini. Terlebih dahulu biarlah saya bercerita dari awal tentang masalah dan perkahwinan saya ini.

Saya berkahwin pada usia 26 tahun. Ketika bekerja saya bertemu dengan suami, Kash yang kebetulan dirawat di hospitaI. Dari rekodnya, dia ada anak dan tentulah ada isteri. Tetapi anak isterinya tak pernah datang melawat. Hairankan?

Setelah lama keluar hospitaI, satu hari dia telefon saya bertanyakan masalah peny4kitnya. Dengan sedikit ilmu yang ada, saya terangkan apa yang saya tahu. Sejak itu kami jadi kawan dan baru saya tahu rupanya dia sudah bercerai dan dalam proses menuntut anaknya, Hadanah.

Tidak lama kemudian dia masuk melamar. Selepas tiga bulan, baru saya tahu dia seorang yang cemburu. Dia sekat aktiviti saya. Kalau ada jamuan di tempat kerja, saya tak boleh ikut sama, tak boleh berkawan dan dia bawa saya duduk di rumah ibu bapanya.

Pergi kerja di hantar, balik diambil. Mulanya saya rasa dia suami terbaik. Rupanya ada muslihat halus. Saya tak boleh banyak cakap, apa lagi bantah apa sahaja suruhannya. Silap cakap, dia mula nak angkat tangan. Kalau saya banyak tanya, pasti dapat pelempang.

Bila saya menangis, dia pujuk janji tak buat lagi. Tetapi itulah yang diulang – ulang dan membuat saya s4kit hati. Tak sampai dua tahun saya mengandung. Saya gembira tetapi Kash tak mengaku itu anaknya. Saya terk3jut!

Tambah pelik bila saya hendak hantar anak kepada pengasuh, dia tak bagi. Tetapi suruh saya berhenti kerja dan jaga anak sendiri. Alasannya konon tak suka orang lain jaga anak dia. Ya Allah! Kalau saya berhenti kerja siapa bayar pinjaman bank? Katanya dia boleh bayar.

Dengan rasa amat kesal dan kecewa teramat, saya terp4ksa berhenti kerja. Selepas beberapa bulan, saya terima panggiIan dari bank tuntut bayaran. Kerana marah dia ambil telefon saya. Surat bank dan peguam pula datang melayang layang tuntut bayaran.

Kami pindah. Akhirnya pada usia 29 tahun saya jadi bankrap. Inilah yang saya dapat setelah hampir empat tahun berkahwin. Menangis pun tak berguna. Tekanan perasaan sem4kin teruk apabila belanja makan minum tersekat, sewa rumah culas dibayar.

Terlebih kecewa kerana saya jadi bankrap. Aduhai nasib….! Saya terbayang masa depan saya amat gelap. Perkahwinan ini bukan membawa kebahagian tetapi lebih banyak bawa kesengsaraan dalam hidup. Dalam pada itu, hidup Kash juga tak menentu.

Mungkin kerana tekanan perasaan, dia lepaskan kemarahannya kepada saya. Apa yang saya buat di rumah serba tak kena. Kebetulan ketika itu anak pulak menangis dalam buaian, dia terus menjerit marah. Lantas terus ke dapur ambil pis4u dan mengacukan kepada anak yang menangis.

Saya menjerit ketakutan dan saya bimbang keselamatan kami dua beranak. Saya bukan saja takutkan Kash tetapi sem4kin benci bila memikirkan hutang bank dan jadi bankrap. Bila ditanya bila nak bayar hutang bank, dia buat b0doh dan meng4muk.

Dulu saya bekerja dip4ksa berhenti sekarang saya nak bayar hutang bank. Nak dijadikan cerita, satu hari dia jatuh s4kit. Memang tak diduga begini nasib saya. Sudahlah susah, tak berduit, suami pula sakit. Ke mana saya nak mengadu nasib.

Saya jumpa emak bapanya meminta bantuan tetapi mereka tolak, malah tak sanggup jaga anaknya yang s4kit itu. Rupa – rupanya dalam diam Kash buat permohonan berhenti kerja dan permohonannya lulus selepas dia jatuh s4kit, jadi dia dapat duit PERKESO.

Dengan duit itulah saya buat belanja makan minum kami, untuk rawatan perubatannya berulang ke hospitaI, bayar sewa rumah dan bayar hutang – hutangnya yang belum selesai. Bila dia sihat beberapa bulan kemudian, dia tuntut saya kembalikan duit yang telah saya gunakan semasa dia s4kit.

Dia mahu jumlah duit yang sama dia dapat dari PERKESO. B0doh betul. Tentulah saya gunakan untuk perubatannya, makan minum dan sebagainya. Untungnya setiap bayaran saya kumpul resit sebagai bukti saya tak joli duit dia.

Tapi dia tak puas hati, masih tuntut saya pulangkan duitnya. Nak dijadikan cerita ketika dia s4kit, saya dapat banyak bukti penipuannya. Dia ada banyak hutang. Lebih meny4kitkan hati terbongkar rahsia dia ada kekasih dan mereka rancang hendak berkahwin.

Bila tanya dia nafikan tetapi dia tak boleh nafikan gambar – gambar simpanannya sebagai bukti. Ketika itu hanya Allah maha tahu betapa s4kitnya hati ini. Apabila saya merasa diri ini sudah tidak berguna lagi, saya buat keputvsan tuntut cerai.

Dia nafikan ada kekasih dan enggan ceraikan saya. Akhirnya saya buat keputvsan balik kampung,  tidak ada gunanya duduk dengan dia lagi. Dia cukup marah sehingga menuduh saya nusyuz. Satu hari saya pergi ke rumah nak ambil barang saya tetapi rumah dikunci dengan tujuh mangga.

Dengan pertolongan jiran, saya pecahkan pintu dan ambil semua perabot milik saya termasuk TV, perabut, mesin cuci pakaian, peti sejuk, pendek kata semua benda yang saya beli. Rumah saya tinggalkan kosong kecuali barangan peribadi dia.

Dalam telefon dia menjerit – jerit beritahu dia tidak akan ceraikan saya. Dia akan g4ntung saya tak bertali. Sebab itu dia tak mahu pergi mahkamah walaupun sudah tiga kali dipanggil datang. Masalah duduk kampung memang susah, mak bapa bukan orang senang.

Saya rasa menambah beban kepada mereka tetapi mana lagi saya nak pergi. Kerja tak ada, duit memang kosong. Masalah besar saya sekarang susah nak dapat kerja kerana dah jadi muflis! Bankrap! Sungguh saya tak sangka, penat lelah emak ayah sekolahkan saya bagi membolehkan saya dapat kerja dan boleh bantu mereka dan adik – adik tetapi saya kahwin walaupun baru dua tahun bekerja.

MaIangnya kahwin dengan duda yang berniat jahat, pembelit, penipu, malah memerah dan menyusahkan saya sehingga jadi bankrap. Tersiksanya hidup sedangkan usia saya belum pun sampai 34 tahun. Nasihat saya kepada gadis lain janganlah jadi seperti saya.

Fikir 10 kali kalau suami suruh pinjam bank. Sebab hari ini dia janji akan bayar tetapi kita tidak tahu apa yang tertulis di kepala dan tertanam dalam hatinya. Oleh kerana itu jaga diri sendiri supaya tidak tersiksa.

About Zarul Zainal

Check Also

-“Skuat mna pun psti kalah dengan riindu..”- Tular Viideo Berdua Dengan Syamsul, Rmai Doakn Puteri Sarah

Menerusi satu perkongsian video yang dikongsikan oleh pemilik akaun Tiktok Puterisarahliyanaa yang merupakan akaun fans …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

two × four =