PeIanggan Terkejut Gara2 TersaIah Pin Lokasi, ‘Rider’ Mengamuk Tendang Barang

Seorang wanita terkejut apabila seorang penghantar makanan atau rider hilang sabar sebelum mengamuk setibanya di pejabat milik wanita itu gara-gara beliau tersalah pin lokasi dalam aplikasi pesanan.

Uci Luna, seorang pengguna aplikasi TikTok, telah memuat naik rakaman video kejadian yang dipercayai berlaku semalam dan mengakui kesilapannya yang beberapa kali terlepas panggilan telefon daripada rider terbabit.

Beliau juga sudah memohon maaf dan mahu memberikan tip atau upah kepada rider terbabit namun lelaki itu dikatakan terus ‘naik angin’ dan tidak mahu bertolak ansur.

Pada mulanya rider tersebut mengamuk dengan Ema (kenalan), memang betul salah Uci sebab tersalah pin lokasi. Dahlah terlepas banyak panggilan dia.

Menerusi klip video berdurasi 41 saat itu, selain rider terbabit menendang pintu, dia juga dilihat bertindak menendang barang yang berada di luar pejabat ketika mahu beredar meninggalkan lokasi kejadian.

Rakaman kejadian tersebut telah mendapat 2.8 juta tontonan dan hampir 16,000 komen netizen dimana kebanyakan berpihak kepada rider kerana setiap masa dianggap berharga bagi mereka yang bekerja sebagai penghantar makanan.

Netizen berkata, rider sudah letih berkejaran ke sana sini dalam cuaca panas dan hujan, jadi pelanggan harus mempunyai ‘common sense’ dan sentiasa berjaga-jaga ketika melakukan pesanan.

Video:

Sumber :OMM

About Zarul Zainal

Check Also

SpekuIasi Jdi Tunangan SyamsuI Yusof, SekaIi Ira Kazar TampiI Buat Kenyataan Yg Mngejutkn

“ Semoga adik dapat jodoh orang single dan bukan suami orang.. berkongsi kasih bukan senang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.

1 × 2 =