Hayun ‘Helmet’ Sebab Kena Hon, Penunggang ‘Superbike’ BerlagakSamseng KiniDiburu Pihak Polis

SEREMBAN – Polis kini sedang mengesan seorang lelaki yang dirakam seolah-olah cuba membaling objek ke arah sebuah kenderaan yang melalui Jalan Temiang-Pantai di sini, pada Ahad.

Klip video berdurasi 11 saat yang menunjukkan tindakan lelaki terbabit tular di laman media sosial sejak malam Ahad.

Kejadian dipercayai berlaku selepas pemandu kenderaan tersebut membunyikan hon kepada sekumpulan penunggang motosikal yang berhenti di tepi jalan dan meletakkan motosikal mereka di lorong kecemasan.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku pada tengah hari Ahad.

KLIP video seorang penunggang motosikal menganggu pengguna jalan raya dalam kejadian di Jalan Temiang-Pantai di Seremban, semalam.

Menurutnya lagi, bertindak atas rakaman yang diterima, satu siasatan telah dijalankan untuk mengesan pesalah yang terbabit dalam kejadian itu.

Jelas beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menghalang di atas jalan yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada RM1,000 dan tidak lebih daripada RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun atau kedua-duanya.

 

About Zarul Zainal

Check Also

SpekuIasi Jdi Tunangan SyamsuI Yusof, SekaIi Ira Kazar TampiI Buat Kenyataan Yg Mngejutkn

“ Semoga adik dapat jodoh orang single dan bukan suami orang.. berkongsi kasih bukan senang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.

seven − three =