‘Tiada BuktiKukuh’ – Bekas DipIomat Disyaki MiIiki Ladang Ganja Terpaksa Dibebaskan

Terdahulu, seorang bekas diplomat Malaysia berstatus Datuk ditahan polis selepas disyaki menanam dan memiliki ladang ganja membabitkan kira-kira 100 batang pokok terlarang itu.

Kes itu dianggap rampasan pokok ganja terbesar dalam sejarah narkotik negara, kerana kebanyakan rampasan sebelum ini hanya melibatkan pokok ganja yang ditanam dalam pasu sahaja.

Sumber berkata, kejayaan tersebut adalah hasil usaha pihak Balai Polis Bukit Tinggi dan Polis Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong menerusi operasi Ops Tapis yang dijalankan di kediaman suspek di Janda Baik, Pahang.

Menurut siasatan awal, polis mendapati ganja terbabit dipercayai ditanam anak lelakinya di kawasan kediaman tersebut.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata polis merampas kesemua pokok ganja dan beberapa peralatan lain yang ada di sekitar rumah suspek.

Dalam serbuan tersebut, suspek yang juga bekas diplomat ditahan di rumahnya manakala anak lelakinya yang berusia 53 tahun pula ditahan di Shah Alam.

Menurutnya, serbuan yang dilakukan anggota polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) sekitar jam 6 petang sabtu lalu berjaya menemui kira-kira 100 pokok dipercayai pokok ganja di sekitar kediaman suspek.

Terkini, bekas diplomat yang ditahan bersama anak lelakinya kerana didakwa menanam ganja di Janda Baik, Pahang, dibebaskan.

Ia selepas polis gagal mendapatkan reman kali kedua daripada Mahkamah Majistret Bentong terhadap bekas diplomat terbabit .

Peguam tertuduh, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, memaklumkan polis memohon reman kedua selama tujuh hari, tetapi tidak dibenarkan Majistret Shahrul Ekhsan Hasim selepas beliau berpuas hati, antara lain tiada bukti mengaitkan individu terbabit dengan mana-mana kesalahan.

Bekas diplomat itu, yang juga bekas Duta Malaysia ke Indonesia telah ditahan pada 21 Mei lalu dan direman selama 7 hari.

Dia direman sehingga 28 Mei dan disiasat mengikut Seksyen 39B, Seksyen 6B dan Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sumber: Kosmo

About Zarul Zainal

Check Also

“Bnyk kali sya pesan jangan mandi pantai..” Jumpa m4yat di celah batu, Qhalisya mninggaI dunia lem4s di Pantai Tanjung

KOTA TINGGI: “Hari jadi saya kali ini akan saya ingat sampai mati. Saya sedih sangat… …

Leave a Reply

Your email address will not be published.

fifteen − six =