“Tak sabarnya nak jumpa baby“ Dah nak jadi ibu, EIisya Sandha tunggu hari bersaIin!

Pelakon dan penerbit drama Sheila Rusly bakal bergelar nenek apabila menantu kesayangannya Elisya Sandha , yang juga pelakon jelita mengumumkan kehamilan pertamanya pada April lalu.

Berita menggembirakan itu didedahkan sendiri Elisya atau nama sebenarnya, Nur Elisya Mohd. Faisal, 22, menerusi satu muat naik klip video, dimana kesemua ahli keluarga dan suaminya menangis kegembiraan selepas mengetahui bakal mendapat ahli keluarga baharu.

Kakak kepada Elisya, pelakon Fasha Sandha turut berkongsi video yang sama dengan ucapan tahniah buat adiknya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nur Elisya (@elisyasandhaofficial)

Diam tak diam kini Elisya Sandha sedang menghitung hari untuk melahirkan anak pertamanya.

Baru-baru ini, bakal ibu cantik manis ini telah memuat naik kapsyen ringkas melalui Instagram, namun memberi bayangan bakal bersalin tidak lama lagi.

“Counting days 🤍,” tulisnya ringkas.

Menerusi entri yang sama, Elisya turut memuat naik foto terkininya yang sudah menampakkan wajah menghampiri detik kelahiran bayi sulungnya.

Malah menerusi entri berlainan yang dimuat naik dua minggu lalu, Elisya nampaknya seakan tidak sabar menantikan kelahiran anak pertamanya dan kini sudah membuat persiapan terakhir untuk menyambut kelahiran yang dinantikan itu.

“Mother can’t wait to see you.

“Hari ni nak cari barang baby! Where should i go first?,” tulisnya di Instagram.

Sementara itu, pengikut selebriti cantik manis ini turut mendoakan yang terbaik buat Elisya dan semoga proses kelahirannya dipermudahkan.

Elisya atau nama sebenarnya Nur Elisya Sandha, 22, memutuskan untuk berumah tangga dengan Uzair Haqimy yang juga merupakan anak kepada pelakon Sheila Rusly pada 21 Ogos tahun lalu selepas lima tahun mengenal hati budi masing-masing.

 

About Zarul Zainal

Check Also

Seorang ayah cuba seIamatkan anak tergeIincir daIam sungai tetapi gagaI, 2 beranak meninggaI dunia Iemas.

Dua beranak mati lemas selepas si ayah tidak berjaya selamatkan anaknya yang tergelincir ke dalam …

Leave a Reply

Your email address will not be published.

15 + three =