“Risau dosa tak henti, waIau seteIah mati ” -Ustazah Asma’ tampiI tegur artis riak tunai umrah 3x

“Maut pun, risau dosa tak habis” -Ustazah Asma’ tegur artis 3x tunai umrah.

Umum sedia maklum, baru-baru ini, tersebar di laman media sosial mengenai seorang selebriti Malaysia telah bersiaran secara langsung mengulas isu menutup aurat telah mencetuskan pelbagai reaksi netizen.

TONTON VIDEO DI BAWAH SEKALI

Dalam rakaman video yang dikongsikan pengguna Tiktok dikenali sebagai @nazrul_al_bangsari, artis itu menzahirkan rasa syukur apabila diberi peluang sebanyak tiga kali ke Tanah Suci sebagai tetamu Allah walaupun masih belum berhijab.

Hukum tunai umrah sunat muakad, tutup aurat adalah wajib

Apa yang membuatkan lebih ramai trigged apabila tindakan selebriti terbabit yang mempersoalkan terdapat golongan mengikut perintah Allah dengan bertudung tetapi perbuatan mereka tidak seiring dengan penampilan.

‘Kejujuran’ pemilik nama Saripah Raziah Mustapha itu telah menyebabkan Ustazah Asma’ Harun, seorang pendakwah terkenal, terpanggil untuk memberikan teguran kasih sayang kepada artis itu.

           

Tambahnya, peluang menunaikan haji dan umrah sememangnya telah ditentukan Allah S.W.T. Namun, kayu ukur utama ialah perubahan yang dilakukan selepas pulang dari mengerjakan ibadah itu sama ada ibadah lebih baik, sama sahaja atau lebih buruk.

Ustazah Asma’ menjelaskan, teguran-teguran yang diberikan bukan bermaksud mahu mengambil kerja Tuhan, tetapi bukan juga bermakna orang lain boleh senang-senang memperlekehkan perintah Tuhan.

        

Dosa mengalir walau sudah mati

Di akhir perkongsiannya, pendakwah wanita itu meminta kita sama-sama merenung tentang apa yang telah dilakukan kerana walapun selepas kematian sekalipun, dosa yang mengalir disebabkan perbuatan lama tidak akan terhenti.

“Walau mati, risau dosa tak henti” -Ustazah Asma’ tegur artis riak tunai umrah 3x

Tegur atas rasa tanggungjawab

Ustazah Asma menjelaskan, penulisan beliau yang panjang lebar bukannya bertujuan untuk mengaibkan sesiapa, tetapi menjadi tanggungjawab sebagai masyarakat Islam untuk menegur sesuatu perkara yang dilihat kurang baik.

Beliau mengingatkan bahawa setiap penampilan, kekayaan, kemasyuran, pengaruh dan pujian manusia adalah anugerah, tetapi jika digunakan ke jalan bercampur maksiat, ia merupakan satu musibah.

“Walau mati, risau dosa tak henti” -Ustazah Asma’ tegur artis riak tunai umrah 3x

TONTON VIDEO DI BAWAH:

Sama-sama kita mengambil pengajaran dan ilmu yang diberi sebagai panduan untuk masa depan.

Sumber: Facebook Ustazah Asma’ Harun, TikTok @nazrul_al_bangsari

About Zarul Zainal

Check Also

“Bnyk kali sya pesan jangan mandi pantai..” Jumpa m4yat di celah batu, Qhalisya mninggaI dunia lem4s di Pantai Tanjung

KOTA TINGGI: “Hari jadi saya kali ini akan saya ingat sampai mati. Saya sedih sangat… …

Leave a Reply

Your email address will not be published.

four + 1 =