Malam tadi, negara digemparkan degan kekecohan di Pekan Tok Bai dalam Wilayah Narathiwat, di mana kedengaran bunyi gegaran daripada beberapa siri letupan bom.
Berikutan kejadian tersebut, beberapa rakaman video tular di Facebook menunjukkan api marak, selain bunyi berbalas tembakan.
RAKAMAN VIDEO LETUPAN DAN TEMBAKAN ADA DI BAWAH SEKALI
Menerusi tweet seorang pengguna bernama @Haziq_Escobar, kejadian berbalas tembakan tersebut juga telah membuatkan orang ramai di kawasan sempadan Pengkalan Kubor, Kelantan terkejut dan panik memandangkan terletak bersebelahan dengan Pekan Tak Bai.
“DAH BAHAYA, MAKIN BAHAYA. RISAU ADA PELURU SESAT JE NANTI. YA ALLAH SELAMATKAN RAKYAT MALAYSIA DI SANA”
Masih belum ada maklumat lanjut
Pun begitu, setakat artikel ini ditulis, tiada sebarang maklumat lanjut diterima oleh pihak berkuasa tapi sumber pasukan keselamatan Thailand mengesahkan kejadian tersebut berlaku di Pekan Tak Bai dan operasi masih lagi dijalankan.
“Operasi pasukan keselamatan masih berjalan buat masa ini (11 malam waktu Malaysia),” katanya semasa dihubungi oleh pihak Sinar Harian.
TONTON DUA VIDEO DI BAWAH:
Kejadian tembakan dan letupan di sempadan pengkalan kubor malam tadi. Semoga rakyat malaysia dan orang islam di sana dalam keadaan selamat pic.twitter.com/56CzF51Njo
— Video Viral Malaysia (@ViralPunyaVideo) May 25, 2022
SEMENTARA itu kekecohan sedang berlaku di kawasan sempadan Pengkalan Kubor Kelantan dan Takbai Narathiwat kerana adanya pertempuran antara Tentera Siam dan dengan pihak yang tak dikenali pic.twitter.com/0y5J0aUZhL
— HAZIQ ASYRAF JR (@Haziq_Escobar) May 25, 2022
Sumber: Sinar Harian (Adila Sharinni Wahid), Facebook Shauqi Afhrah Ismail, Twitter