Tepung Naik Harga SekaIipun, Roti Canai Saya Tetap Sekeping 50 Sen. “Tekad KekaIkan Harga ltu Sehingga Saya ‘Menutup Mata’”

Bukan sahaja tidak menaikkan harga tepung gandum kerana kos yang semakin meningkat, malah seorang peniaga roti canai ini mampu mengekalkan harga menunya itu O.5O sen sekeping sejak dari 11 tahun yang lalu.

Dalam pada itu, Mustafa Abd Latif, 58, bertekad untuk mengekalkan harga tersebut sampai dia ‘menutup mata’ kerana menyedari tidak semua golongan mampu menikmati sarapan kegemaran rakyat Malaysia itu pada harga yang tinggi.

Tambahnya lagi, dia lebih gembira melihat roti canainya mampu dinikmati semua golongan, walaupun hanya mengaut keuntungan sekitar RM30 hingga RM60 sehari sejak Januari lalu, berbanding lebih sekali ganda jika menggunakan tepung gandum bersubsidi.

Mustafa boleh menjual 220 keping roti canai dengan harga 50 sen sehari di gerainya di Kampung Bukit Pulau, Bukit Katil, Melaka . Ayah kepada empat orang anak dan empat orang cucu itu berkata, dia bersama isteri Norlela Salleh, 51 serta anaknya boleh menjual kira-kira 10 kilogram tepung sehari yang mampu menghasilkan 220 keping roti canai.

Selain roti canai kosong 50 sen, menu lain yang masih kekal sejak 11 tahun lalu di gerai yang disewanya pada kadar RM480 sebulan adalah roti telur dan roti bom RM1, roti bawang RM1.30 serta roti sardin RM3 sekeping.

Warung roti canai 50 sen disewa pada harga RM480 boleh memuatkan kira-kira 60 pelanggan pada satu-satu masa.

Menurutnya, selepas ditolak kos bahan mentah tidak termasuk tenaga, dia memperoleh keuntungan kira-kira RM50 untuk lima jam warungnya beroperasi dari jam 6.30 pagi hingga jam 11.30 pagi.

Menu lain yang juga dijual di gerai roti canai 50 sen tersebut termasuk semua jenis makanan bergoreng, mee kari dan bakso dengan harga antara RM5.50 hingga RM7 sepinggan.

Sumber: MalaysiaGazette via caramohon.com

About Zarul Zainal

Check Also

“Bnyk kali sya pesan jangan mandi pantai..” Jumpa m4yat di celah batu, Qhalisya mninggaI dunia lem4s di Pantai Tanjung

KOTA TINGGI: “Hari jadi saya kali ini akan saya ingat sampai mati. Saya sedih sangat… …

Leave a Reply

Your email address will not be published.

two × two =