Aik, Baru Guna Sebulan Tak Kan Dah Nak ‘Let Go’, Netizen Persoal Kereta Aeril Zafrel Hanya Sewa?

Hasrat pelakon Aeril Zafrel untuk menjual semula kereta mewah Lamborghini Aventador pemberian isterinya, Wawa Zainal menimbulkan tanda tanya di kalangan netizen.

Memetik laporan Kosmo! Online, pelakon berusia 34 tahun itu berkata dia hanya mahukan ‘feel’ memandu kereta berharga RM2.27 juta tersebut dan tidak berhasrat menggunakannya untuk tempoh masa yang lama.

Justeru itu, netizen mula membuat andaian, jika diikutkan logik akal, mengapa dia perlu menjual kereta kuning tersebut terlalu awal, sedangkan ia adalah hadiah istimewa daripada isteri tercinta.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wawa Zainal ®️ (@w4w4_zainal)

Melihat ke ruangan komen di laman Facebook, terdapat segelintir netizen yang mempersoalkan sama ada kereta mewah tersebut hanya disewa semata-mata atas tujuan ‘marketing’ untuk tempoh tertentu.

Malah, terdapat juga beberapa individu yang ‘sesuka hati’ memberikan sebab dan kemungkinan pelakon drama Tercipta Satu Ikatan mahu menjual Lamborghini itu.

Cakap jelah kereta sewa?

Servis & maintenance mahal kot

Harga roadtax nak ‘meninggal’

Kereta sewa boleh ke jual?

Sebelum ini, Aeril terkejut apabila menerima hadiah berkenaan yang disifatkan isterinya sebagai penghargaan dan ucapan terima kasih atas kepayahan serta susah senang yang dilalui mereka bersama dalam membina perniagaan sehingga berjaya.

Hadiah ni tak seberapa, kalau dibanding dengan pengorbanan kau

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Wawa Zainal ®️ (@w4w4_zainal)

Sumber: Facebook Kosmo! Online (Mohammad Shahemy Azmi) , Instagram Wawa Zainal

About Zarul Zainal

Check Also

Seorang ayah cuba seIamatkan anak tergeIincir daIam sungai tetapi gagaI, 2 beranak meninggaI dunia Iemas.

Dua beranak mati lemas selepas si ayah tidak berjaya selamatkan anaknya yang tergelincir ke dalam …

Leave a Reply

Your email address will not be published.

one + 1 =