Anak bongsu setia jaga ibu bapa hingga akhir usia, tinggaIkan kerjaya demi kasih hingga ke syurga. BakaI tunang setia di sisi

Alangkah bertuahnya ibu bapa andai memiliki anak yang sanggup berhenti kerja dan pulang ke kampung untuk menjaga ibu bapa yang sedang sakit.

Mungkin agak sukar bagi sesetengah individu untuk melepaskan kerjaya demi ibu bapa, namun tidak bagi seorang pemuda ini.

Bukan untuk sebulan dua sebaliknya pemuda ini memutuskan untuk terus pulang ke kampung untuk menjaga bapanya yang terlantar akibat diserang angin ahmar sehinggalah insan kesayangannya itu menghembuskan nafas terakhir, pada 1 Ramadan lalu.

Rakaman video yang tular di laman sosial menunjukkan wajah pemuda ini yang sugul dan sedih ketika menghantar jenazah bapanya ke ‘destinasi terakhir’, ternyata meruntun jiwa netizen.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Siti Noorfatihah Muslim berkongsi cerita dengan mStar berkata, pemuda dalam klip video yang dimuat naik ke akaun TikTok miliknya itu adalah bakal tunangnya, Abdul Aliff Abdullah.

Aliff sanggup menolak tawaran pekerjaan kerana mahu menjaga ayahnya yang terlantar akibat strok.

Selesa dipanggil sebagai Fatihah, wanita berusia 24 tahun tersebut berkata, bakal tunangnya tidak sanggup meninggalkan bapanya terlantar keseorangan di rumah jika dia mahu keluar mencari pekerjaan.

Gambar kenangan arwah ibu dan bapa Aliff.

Menjelaskan lebih lanjut, Fatihah berkata, bakal tunangnya sebelum ini pernah melakukan perkara yang sama ketika arwah ibunya terlantar sakit buah pinggang.

“Sebelum ‘pergi’, ibunya berpesan supaya jaga ayah elok-elok. Sebab itu apabila arwah ayahnya sakit tahun lalu, dia sanggup balik kampung sebab berpegang kepada kata-kata arwah ibunya,” cerita Fatihah.

“Dia la yang melakukan semua tugas menjaga arwah ibu dan berulang alik dari kampus ke rumah sebab ketika itu dia masih menyambung pengajian peringkat diploma.

Sebagai salah seorang insan yang rapat dengan bakal tunangnya, Fatihah menyifatkan lelaki itu sebagai anak yang bertanggungjawab dan ibarat ‘satu dalam sejuta’.

“Dia selalu juga meluahkan rasa kenapa begitu hebat diuji. Dia pernah kata, kawan-kawan sebaya semua dah berkerjaya dan berkeluarga sedangkan dia jauh ketinggalan sedangkan usia dah 29 tahun.

“Saya dah lama berkawan dengannya, saya melihat sendiri pengorbanannya sebagai seorang anak dan menyaksikan bagaimana dia menghadapi saat ‘down’ apabila hilang dua insan tersayang.

“Pernah juga dia tanya, kenapa saya tak pergi cari lelaki lain yang lebih stabil, yang boleh luangkan masa selalu. Tapi saya jawab, duit boleh cari, tapi insan yang hatinya tulus sukar dicari.

Fatihah sentiasa berada di sisi dan memberikan semangat kepada Aliff selepas kedua-dua ibu bapa lelaki itu meninggal dunia.

“Jadi apabila dia down, saya hanya mampu suruh dia berdoa, bersolat dan kongsi video-video motivasi mengenai betapa besar ganjaran menjaga ibu bapa,” ceritanya.

Fatihah tidak menyangka perkongsian video di aplikasi TikTok meraih lebih 248,000 jumlah tontonan, Fatihah berkata dia hanya mahu mengabadikannya sebagai kenangan.

“Dia pun terharu apabila membaca komen netizen yang doakannya. Aliff kini masih ambil upah gunting rambut sambil sedang menunggu jawapan untuk temuduga menyertai pasukan bomba. Mungkin asbab doa-doa ini, mana tahu rezekinya semakin dipermudahkan.

“Kepada yang lain, ambillah peluang jaga mak ayah selagi diberikan kesempatan masa,” akhirinya.

Sumber: mStar via myinfokerja via lakarmedia.com

About Zarul Zainal

Check Also

-“Skuat mna pun psti kalah dengan riindu..”- Tular Viideo Berdua Dengan Syamsul, Rmai Doakn Puteri Sarah

Menerusi satu perkongsian video yang dikongsikan oleh pemilik akaun Tiktok Puterisarahliyanaa yang merupakan akaun fans …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

fifteen + 15 =