“Dia Tetap Berdosa..” – Ustazah Asmak Husin TampiI Tegur Kenyataan Kurang Bijak lfa Raziah.

Pendakwah bebas Ustazah Asmak Husin baru-baru ini menegur kenyataan yang dikeluarkan selebriti versatil, Ifa Raziah berhubung isu bertudung dan Mekah.

Ustazah Asmak menjelaskan bertudung adalah wajib bagi setiap wanita dan berdosa hukumnya jika meninggalkan perintah Allah.

RAKAMAN VIDEO ADA DIBAWAH SEKALI

Ustazah Asmak juga menyentuh mengenai tingkah laku yang berkaitan dengan istidraj.

Rakyat perlu berkorban putuskan rantaian Covid-19

Terdahulu, Ifa dalam satu klip video membincangkan isu menutup aurat dan status makanan halal sebuah restoran cina di Pulau Pinang.

‘Saya Belum Pakai Tudung Tapi Allah Dah Jemput Saya Tiga Kali ..’

Nama pelakon dan penyanyi Ifa Raziah mula menjadi perhatian netizen di laman sosial. Ini berikutan tersebar klip video yang menunjukkan Ifa sedang ‘mengupas’ isu menutup aurat dan status makanan halal.

Pakai tudung tapi mulut jahat

Dapat dilihat dalam video di TikTok @Nazrul_Al_Bangsari, Ifa, 47, menyatakan dia sudah 3 kali dijemput Allah SWT ke tanah suci Mekah walaupun tidak menutup aurat dengan sempurna.

Pemilik nama Saripah Raziah Mustapha ini menegaskan, dengan menutup aurat bukan bermaksud sudah mentaati dengan perintah Allah SWT.

Banyak lagi perkara yang boleh kita ingat kepada Allah, bukan sekadar menutup aurat. Jika sekadar menutup aurat tetapi tidak solat, berzikir, tak buat amal jariah tidak berguna juga. Itu salah satunya.

Kita pun tidak sempurna, banyak kekurangan.. Ramai juga orang yang bertudung pun tidak pernah lagi Allah jemput untuk umrah atau haji. Tapi saya, belum pakai tudung, Allah dah jemput saya sebanyak 3 kali.

Bagaimana pula jika aurat dijaga tetapi semuanya tak lengkap? Cuba jawab. Jika bertudung tetapi mulut jahat, mengata orang, fitnah orang. Saya pernah jumpa wanita pakai tudung tetapi tidak solat.

Saya orang Islam

Dalam pada itu, pelantun lagu Terus Terang juga menegaskan restoran makanan Cina yang dikunjunginya di Butterworth, Pulau Pinang, mempunyai Sijil Pengesahan Halal.

Pengacara terkenal itu kelihatan naik angin apabila ada segelintir netizen yang curiga sehingga mendakwa dia makan daging babi.

Ini kedai Cina tetapi ramai orang Melayu makan di sini. Mestilah halal, takkan tak halal. Saya orang Islam kot.. takkan nak makan yang jadi darah daging. Depa (netizen) ini tak puas hati, cakap saya makan babi. Kedai ini memang halal.

Saya memang suka makanan Cina tetapi mencari yang halal la. Banyak restoran Cina yang halal.

Rata-rata netizen yang meninggalkan komen, tidak berpuas hati dengan kenyataan diberikan Ifa.

@serinaredzuawan: Ya Allah. Jauhilah kami dari tersalah dalam tutur kata, berilah hidayah kepada kepada sesiapa yang dikehendakinya. Moga Kak Ifa akan menutup aurat.

@Nazrul_Al_Bangsari: Dia tak kenal benda wajib dan sunat. Tutup aurat wajib. Sedekah sunat , zikir sunat. Makkah itu tempat ujian bukan tanda Allah suka.

@Norsazwani: Jangan salahkan aurat tudung kak. Menutup aurat perintah Allah. Semoga dia diberikan hidayah.

@Ikaintan: Kekayaan dia tu la ujian terbesar untuk dia, dia lupa benda tu..

VIDEO:

Sumber : Gempak via liveconnection24.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

About Zarul Zainal

Check Also

Seorang ayah cuba seIamatkan anak tergeIincir daIam sungai tetapi gagaI, 2 beranak meninggaI dunia Iemas.

Dua beranak mati lemas selepas si ayah tidak berjaya selamatkan anaknya yang tergelincir ke dalam …

Leave a Reply

Your email address will not be published.

four × three =