Dadah: 3 Rakyat Malaysia Ditahan Cuba Seludup Ke Singapura.

TIGA lelaki warga Malaysia berusia antara 23 hingga 28 tahun ditahan pihak berkuasa Singapura pada Khamis lalu selepas disyaki cubaan menyeludup dadah ke negara itu.

Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) Singapura dalam satu kenyataan bersama Biro Narkotik Pusat (CNB), memaklumkan mengenai penahanan tersebut selepas kira-kira 17,704 gram (g) heroin, 261g syabu dan 2g pil ekstasi ditemui di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada Rabu lalu.

CNB menahan dua lagi suspek lelaki warga Malaysia pada awal pagi 19 Mei dalam operasi susulan yang dijalankan di sekitar 1 Bedok North Street.

Singapura adalah antara negara yang mengenakan hukuman paling berat di dunia bagi pengedaran dadah, termasuk hukuman gantung sampai mati.

Mengikut Seksyen 5 Akta Penyalahgunaan Dadah di negara tersebut, jika seseorang didapati bersalah mengedar lebih daripada 15g heroin tulen (diamorphine) atau 250g methamphetamine, mereka boleh berdepan hukuman mati mandatori.

Kumpulan hak asasi manusia berkata, ratusan orang kebanyakannya warga asing, telah dihukum gantung sehingga mati kerana jenayah dadah sejak beberapa dekad lalu.

About Zarul Zainal

Check Also

“Bnyk kali sya pesan jangan mandi pantai..” Jumpa m4yat di celah batu, Qhalisya mninggaI dunia lem4s di Pantai Tanjung

KOTA TINGGI: “Hari jadi saya kali ini akan saya ingat sampai mati. Saya sedih sangat… …

Leave a Reply

Your email address will not be published.

19 − sixteen =