Temu janji awal tapi kena ‘sidai’, individu ini nampak misi keluar beli makanan dulu semasa bertugas

Sejak semalam, tersebar di Twitter mengenai satu ciapan seorang pengguna laman sosial tersebut yang dikenali sebagai @kecikelnino yang menyatakan rasa ralat terhadap sebuah klinik kerajaan.

Setengah jam menunggu

Dalam tweet itu dia memaklumkan terpaksa menunggu kira-kira setengah jam untuk mendapatkan rawatan dan sekitar jam 8.30 pagi barulah nampak jururawat pulang dari membeli sarapan pagi sebelum menerima pesakit.

Menurutnya lagi, temu janjinya pada jam 8 pagi, tetapi jururawat yang bertugas hadir pada pukul 8.10 pagi. Tidak berapa lama kemudian dia ternampak jururawat keluar dan terpaksa menunggu untuk beberapa minit lagi.

 

Pergi beli makanan dulu

Hanya selepas 30 minit menunggu, kelihatan dua orang jurawat baru pulang dari membeli makanan dan masuk semula ke klinik. Disebabkan itu, dia kesal kerana terpaksa membuang masa selama setengah jam hanya untuk menunggu mereka bersiap sedia bertugas sedangkan waktu temu janji adalah pada pukul 8 pagi.

 

Cerita kronologi kejadian

Bagi menjelaskan keadaan sebenar, dia menulis secara ringkas kronologi kejadian pada hari temujanji tersebut dan memaklumkan yang dia telah mendaftar masuk pada pukul 7.55 pagi dengan nombor giliran 3001.

Tambahnya lagi, jurawat itu merupakan jururawat yang ditugaskan di kawasannya dan sudah pasti saling mengenali kerana telah 3 bulan berurusan dengan mereka.

Ada pula yang jenis moody

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian banyak pihak apabila ada yang menceritakan pengalaman hampir sama dengan posting itu.

Rata-rata mereka meluahkan rasa ralat kerana perlu menunggu lama hanya untuk menanti para petugas kesihatan menyiapkan diri untuk memulakan tugas mereka sedangkan sudah melebihi waktu mula bekerja.

Layanan baik cuma menunggu tu lama sangat

Ibu2 hamil pun faham perasaan ini

Dalam pantang kena tunggu lama2

Yang sembang2 waktu rawat pesakit lain cerita pulak

Pengguna Twitter itu juga berharap agar pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) boleh memberikan penjelasan dan meminta agar perkara ini tidak dijadikan satu budaya kerana orang lain juga mempunyai urusan yang harus diselesaikan.

Sama-sama kita nanti kenyataan daripada pihak KKM sendiri. Semoga urusan semua dapat diselesaikan dengan baik.

Sumber; Twitter @kecikelnino

About Zarul Zainal

Check Also

“Bnyk kali sya pesan jangan mandi pantai..” Jumpa m4yat di celah batu, Qhalisya mninggaI dunia lem4s di Pantai Tanjung

KOTA TINGGI: “Hari jadi saya kali ini akan saya ingat sampai mati. Saya sedih sangat… …

Leave a Reply

Your email address will not be published.

one × four =