Berjiran dengan AwaI Ashaari, Lufya tampiI dedahkan apa yang buat dia kesaI

BERIKUTAN kes pengacara Awal Ashaari yang didakwa melakukan khianat merosakkan pagar di sebuah taman perumahan, jirannya yang juga pelakon, Lufya Omar tampil mendedahkan dia juga mengalami pengalaman buruk.

Lufya, 37, berkata, cara pihak terbabit menjaga keselamatan agak melampau sehingga menyukarkan aktiviti penduduk di kawasan perumahan tersebut.

Malah, pemilik nama Lutfyah Sheikh Omar itu juga mendakwa bahawa salah seorang pekerja dalam pengurusan terbabit tidak boleh bertolak ansur sehingga sering menyebabkan salah faham.

Lufya berkongsi perkara itu di Instastory.

Pada pagi Selasa, Awal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Selangor atas tuduhan melakukan khianat merosakkan palang pagar milik pengurusan sebuah taman perumahan di Damansara bulan lalu.

Beliau kemudian menerusi klip video yang disiarkan secara langsung di Instagram, memberitahu kejadian tersebut berpunca daripada perselisihan faham antara beliau selaku pemilik rumah dengan pihak pengurusan taman perumahan itu.

Awal seorang yang budiman dan bukan jenis nak cari fasal dengan orang lain.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai kejadian terbabit, Awal akui dia bertindak mengalihkan palang ‘gate’ secara manual menggunakan tangan gara-gara permintaannya untuk masuk ke rumah tidak diendahkan pengawal dan pihak pengurusan.

Dalam pada itu, Lufya menerusi statusnya di Instastory mendedahkan, dia turut berdepan masalah dengan pihak pengurusan yang dianggap sangat teruk.

Melalui perkongsian tersebut, Lufya berkata pihak pengurusan tidak berhak untuk menyekat dan menghalang pemilik kediaman walaupun mempunyai bayaran yuran yang tertunggak.

Mengenali Awal sebagai jiran sebelah rumah, Lufya memuji sikap suami kepada pelakon Scha Al Yahya itu seorang yang budiman dan tidak pernah menganggu orang lain.

Awal turut tampil memberi penjelasan di Instagram miliknya.

Mengikut pertuduhan, Awal dituduh melakukan khianat dengan merosakkan palang pagar milik pengurusan Challis Damansara dengan kerugian sebanyak RM600 di pondok pengawal taman perumahan terbabit di Jalan PJU 3/30 jam 11.30 pagi pada 16 April lalu.

Pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 427 Kanun Keseks4an yang jika sabit kesalahan membawa hukuman penj4ra tidak kurang setahun dan maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

kredit:mstar, trendingsangat

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

About Zarul Zainal

Check Also

SpekuIasi Jdi Tunangan SyamsuI Yusof, SekaIi Ira Kazar TampiI Buat Kenyataan Yg Mngejutkn

“ Semoga adik dapat jodoh orang single dan bukan suami orang.. berkongsi kasih bukan senang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.

seven + eight =