Kemurungan Di Buli Senior, Doktor Pelatih Hampir Bvnuh Diri Langgar Pembahagi Jalan

Kes buli bukan sahaja berlaku kepada pelajar sekolah atau remaja, malah golongan yang berpendidikan tinggi seperti doktor pelatih juga tidak terkecuali dibuli terutamanya daripada individu yang lebih senior.

Muhammad Farhan Mohamed, seorang bekas pelatih perubatan, baru-baru ini telah berkongsi kisah pengalaman hitam yang dilaluinya apabila menjadi mangsa buli ketika di tempat kerja.

doktor pelatih

Dua kali kemalangan dalam satu bulan dan beberapa percubaan membvnuh diri sudah cukup menggambarkan jiwa Farhan yang kosong pada ketika itu.

doktor pelatih

Punca dia terlibat dalam kemalangan pada tahun 2012 adalah kerana dia mahu melanggar pembahagi jalan. Walaupun begitu, dia tidak mengalami sebarang kecederaan serius sebaliknya hanya luka dan lebam sahaja.

Sudah jatuh ditimpa tangga, dia bukan sahaja menjadi mangsa buli doktor-doktor senior malah turut disahkan menghidap bipolar tahap dua.

Akibat daripada tekanan dan kemvrungan juga, dia telah diberhentikan perkhidmatan pada tahun 2015 kerana gagal menamatkan latihan dalam tempoh yang telah ditetapkan.

doktor pelatih

Sebagai anak sulung dalam keluarga, dia sepatutnya menjadi contoh kepada adik-beradik lain. Farhan tidak mungkin mahu menghampakan ibu bapanya dengan mudah.

Kekecewaan itu masih menebal sehingga kini. Penat lelah belajar perubatan masih jelas dirasai kerana hanya perlu beberapa langkah lagi untuk berjaya bergelar doktor. Tetapi takdir Allah lebih baik daripada segala-galanya.

Dengan berbekalkan modal sebanyak RM 300, Farhan kini sudah bergelar usahawan berjaya dalam perniagaan menjual aksesori telefon di Pahang. Bermula dari idea melihat seorang lelaki menjual aksesori telefon tanpa mempunyai ilmu pengetahuan yang cukup, beliau bangkit berniaga dengan perniagaan yang sama di pasar malam.

Memulakan perniagaan kecil-kecilan di pasar malam, Firdaus berjaya membuka lima cawangan dan mengajikan kira-kira 20 kakitangan. Kehidupannya lebih bahagia dan terisi selepas berkahwin dan mempunyai dua cahaya mata.

Kes buli di kalangan doktor pelatih bukanlah isu baru yang sering menjadi tajuk utama di dada-dada akhbar. Malah, setiap tahun ada sahaja aduan yang diterima sama ada secara terbuka atau tidak.

Bagi individu yang dibuli di tempat kerja, jangan sesekali menyembunyikan perasaan. Ini kerana, perasaan dan emosi yang disimpan boleh memakan diri sendiri dengan merosakkan ment4l, emosi dan fizikal seseorang.

Adalah lebih baik untuk melaporkan kepada pihak yang bertanggungjawab. Bunvh diri bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan. Jika seseorang itu sudah mengalami kemurvngan dan tekanan yang teruk, kebanyakan tingkah laku mereka di luar batas kesedaran.

Bagi si pembuli , sedarlah bahawa perbuatan buruk yang dilakukan itu suatu hari nanti akan terkena pada diri sendiri atau keluarga terdekat juga.

Dalam pada itu, Farhan juga meminta pihak berkuasa supaya lebih telus dan serius dalam menerima setiap laporan yang telah diadukan doktor-doktor pelatih. Walaupun mereka ini hanyalah pelatih, mereka juga makhluk Allah yang mesti dilayan selayaknya seperti seorang manusia.

Jika pihak berkuasa peka dan dapat memberikan bantuan awal kepada mereka, pasti lebih ramai nyawa doktor dapat diselamatkan.

Sumber: Sinar Harian via majalahilmu

About Zarul Zainal

Check Also

“Bnyk kali sya pesan jangan mandi pantai..” Jumpa m4yat di celah batu, Qhalisya mninggaI dunia lem4s di Pantai Tanjung

KOTA TINGGI: “Hari jadi saya kali ini akan saya ingat sampai mati. Saya sedih sangat… …

Leave a Reply

Your email address will not be published.

eighteen + fifteen =