Pelakon dan pengarah terkenal, Ellie Suriaty Omar dan suaminya, Azri Iskandar telah memutuskan untuk berpisah selepas melayari bahtera perkahwinan selama 19 tahun.
Perkara itu dinyatakan menerusi laporan dari portal Getaran apabila memaklumkan pasangan berkenaan sah bercerai pada Selasa, 17 Mei 2022 di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur (Keramat), Kuala Lumpur.
Difahamkan, pelakon yang memenangi anugerah Pengarah Harapan di Festival Filem Malaysia Ke-26 menerusi filem Penanggal itu telah memfailkan permohonan cerai ke atas suaminya sebelum Ramadan lalu.
Bagaimanapun, aktres itu sempat untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada bekas suaminya atas pengalaman manis yang dilalui bersama sepanjang perkahwinan mereka.
Dia juga menegaskan bahawa bekas suaminya itu merupakan seorang bapa yang cukup baik untuk anak-anak mereka.
Untuk makluman ramai, Azri Iskandar, 54, dan Ellie Suriaty berkahwin pada tahun 2003. Pasangan itu dikurniakan tiga cahaya iaitu Azrell, Nur Azreen, dan Nur Aliah.
Sumber: Getaran (Ellyna Ali) via belumbalik