Kanak² Yg Dihentaak DikepaIa Guna DumbeII SeIepas Cuba MenyeIamatkan Ibunya Dari DiR0goI Akhirnya MeninggaI Dunia

Seorang pelajar sekolah yang cuba menyelamatkan ibunya daripada menjadi mangsa r0g0l seorang lelaki bersenjatakan sebilah pisau, maut selepas 19 bulan bertarung nyawa akibat tempurung kepalanya pecah ketika bergelut dengan suspek.

GAMBAR KEADAAN MANGSA ADA DI BAWAH SEKALI

Vanya yang ketika itu berusia 15 tahun, ternampak kejadian tersebut ketika masuk ke rumah lalu menghentak suspek menggunakan ‘dumbbell’ seberat 3 kilogram.

Bagaimanapun, suspek berjaya merampas ‘dumbbell’ tersebut dan terus menghentak kepala Vanya.

Jiran yang terdengar kejadian berkenaan segera menghubungi pihak polis, namun suspek berjaya melarikan diri dari lokasi kejadian.

Memetik laporan media, Natalia mengalami trauma dan dibenar meninggalkan hospital selepas beberapa bulan. Natalia hanya melawat anaknya 2 kali selepas kejadian ngeri tersebut.

Vanya pula telah mengalami kecederaan otak yang teruk dan kehilangan hampir keseluruhan bahagian depan tempurung kepalanya. Pakar bedah terpaksa mengeluarkan sebahagian daripada otaknya.

Andrey Malakhov, seorang penyampai TV telah melancarkan tabung derma bagi membolehkan pemasangan plat titanium di kepala Vanya, selain untuk menanggung kos perubatan remaja terbabit.

Setahun kemudian, Vanya menunjukkan peningkatan dan perkembangan positif selepas dirawat doktor pakar dari Rusia, Leonid Roshal.

 

Lebih menyedihkan, ibunya tidak dapat menerima berita kematian anaknya itu dan mula menyalahkan dirinya sendiri walaupun dia turut menjadi mangsa dalam kejadian terbabit.

Natalia kini menerima banyak kecaman dan kritikan dari pelbagai pihak di Rusia kerana tidak berada di sisi bersama anaknya selepas kejadian tidak diingini itu.

Natalia mengakui selepas kejadian itu dia kerap minum alkohol.

Dalam pada itu, tertuduh, Roman Pronin, telah dijatuhi hukuman penjara selama 14 tahun setelah berdepan dua pertuduhan cubaan membunuh.

Tetapi selepas kematian Vanya, Pronin kini menghadapi pertuduhan membunuh.

Sumber: Daily Mail via gstv

About Zarul Zainal

Check Also

SpekuIasi Jdi Tunangan SyamsuI Yusof, SekaIi Ira Kazar TampiI Buat Kenyataan Yg Mngejutkn

“ Semoga adik dapat jodoh orang single dan bukan suami orang.. berkongsi kasih bukan senang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.

nine + 17 =