Maut Digilis Lori, Pelajar Sekolah Kemalangan Ketika Dalam Perjalanan Ke Tempat Kerja

KLANG – Dalam kejadian di Jalan Keretapi Lama, Kapar semalam, seorang pelajar sekolah menengah maut dalam keadaan menyayat hati apabila motosikal mangsa bertembung dengan sebuah kenderaan sebelum digilis lori.

RAKAMAN ADA DI BAWAH SEKALI

Dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 5.50 petang itu, mangsa dikenali Naufal Danish Md. Nor, 17, turut melecur di bahagian kaki selepas motosikal yang ditungganginya terbakar akibat kejadian terbabit.

Berikutan kejadian itu, Mangsa yang parah di perut disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao melaporkan, berdasarkan siasatan mendapati kemalangan terjadi ketika mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja sambilannya di sekitar daerah ini.

Jelas beliau lagi, mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Surihan Samsudin di talian 013-2082327.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1)Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Salam takziah
Al-fatihah (dibaca)
بِسْم ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞ صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ امين

Semoga Allah terima segala amalan arwah dan mengangkat darjatnya disisi Allah,
Semoga pemergian arwah menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia,
Semoga dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para solehah,

Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad.
Amiin Amiin Amiin..

Ucapan Takziah Kematian
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman…. Aaamiin Ya Robbal Aalamiin..

About Zarul Zainal

Check Also

“Bnyk kali sya pesan jangan mandi pantai..” Jumpa m4yat di celah batu, Qhalisya mninggaI dunia lem4s di Pantai Tanjung

KOTA TINGGI: “Hari jadi saya kali ini akan saya ingat sampai mati. Saya sedih sangat… …

Leave a Reply

Your email address will not be published.

two × four =