SyatiIIa MeIvin seIamat Iahir anak ke-3 pada 8 SyawaI, Shahiezy Sam teman di dewan bersaIin

AKTRES terkenal Syatilla Melvin selamat melahirkan bayi ketiganya di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada pagi Isnin bersamaan 8 Syawal.

Berita gembira itu dikongsi sendiri suaminya, pelakon Shahiezy Sam menerusi satu hantaran di laman sosial Instagram.

POSTING ASAL ADA DI BAWAH SEKALI

“Alhamdulillah… Selamat melahirkan. Terima kasih atas doa-doa anak semua.

Bagaimanapun, Sam menutup muka anaknya itu dan masih belum bersedia untuk berkongsi jantina bayi.

“Korang tengok macam muka bapa ke muka ibu?” kata Sam yang masih belum mendedahkan jantina bayi tersebut.

Melalui perkongsian itu juga, Sam dilihat menemani isteri beliau semasa proses kelahiran di bilik bersalin.

Pada Ahad lalu, Sam ada memuat naik klip video memaparkan beliau dan isteri sempat membeli-belah di pasaraya sebelum Syatilla dimasukkan ke pusat perubatan.

Sam dan Syatilla bersama dua anak mereka.

Dalam pada itu, Syatilla turut menzahirkan rasa teruja menyambut kelahiran cahaya mata ketiga mereka.

“Ya Allah, tak sabar… esok (Isnin) kami update terus muka baby,” ujarnya.

Untuk rekod Sam dan Syatilla mendirikan rumah tangga pada 8 Februari 2016 dan turut dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syeriv Samhiezy, 5, dan Sarima Samhiezy, 2.

Komen Netizen:

“ Alhamdulilah congratulations ”

“ Uyaina turut meninggalkan komen tahniah ”

“ Ikut muka bapak kot ”

“ boleh buat team futsal dah ”

“ seiras dgn bilal..rambut pun sama ”

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Shaheizy Sam Samad (@shaheizy_sam)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mStar

About Zarul Zainal

Check Also

Tidak Mahu Terus Memendam, Akhirnya Puteri Sarah Bongkar Amanat Kazar Kepadanya Sehingga Buat Dia MenyesaI

“Tak yah lah, tak ada apa nak komen,” maklum pelakon Kazar, bapa kepada wanita dikenali …

Leave a Reply

Your email address will not be published.

ten + nineteen =