“Ini baru Ia betuI Iayak bagi hantaran RM2Ok, RM3Ok..”- Ramai Terpana Lihat Aksi lntan Najuwa Di Dapur.

DISEBABKAN sambutan hari raya tahun ini cukup mengejutkan, ramai yang membuat persiapan dalam keadaan kelam kabut.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Pelbagai ragam orang ramai yang dapat lihat di laman sosial termasuk golongan selebriti.

Salah seorang daripadanya ialah si jelita manis Intan Najuwa yang bertungkus lumus sibuk memasak juadah hari raya bersama ahli keluarganya. Dengarnya sehingga tidur lewat.

Aksinya yang tidak kekok ketika membuat kerja-kerja dapur seperti memasak membuatkan ramai yang ‘terpana’.

Rata-rata netizen yang meninggalkan komen memuji ‘kelincahan’ Intan di dapur sehingga ada yang melabelnya sebagai calon menantu edisi terhad.

“Ini baru betul layak hantaran RM20,000 atau RM30,000. Rajin, cerdik dan cantik,” komen netizen.

“Calon menantu limited edition. Tiada dijual di pasar raya ya,” seloroh seorang lagi netizen.

“Tak pandai masak tak apa asalkan ada effort untuk belajar lama² pasti akan pandai masak dan rajin ke dapur berbanding makan luar”

“uihhh masak pon cantikkk”

“suka tengok dia”

“serba blh… suka sgt dgn intan nie”

“nak pi raya umah najwa boleh ka”

“Akk suka sangat tengok intan”

Memang banyak komen yang memuji. Nampak gayanya, berebutlah bakal mak mentua yang mahu menjadikan Intan sebagai menantu.

Sumber: kosmo

About Zarul Zainal

Check Also

“Bnyk kali sya pesan jangan mandi pantai..” Jumpa m4yat di celah batu, Qhalisya mninggaI dunia lem4s di Pantai Tanjung

KOTA TINGGI: “Hari jadi saya kali ini akan saya ingat sampai mati. Saya sedih sangat… …

Leave a Reply

Your email address will not be published.

20 + eight =