Netizen Tanya Knpa Janna Nick Tak Turun Kereta Bantu Penyampai Berita TV3 Kena Seret, Tuan Badan Tampil Beri Penjelasan

Berikutan kes penyampai berita TV3, Khairul Rizuan Azizan yang cedera dalam cubaan mengejar penjenayah, 2 beradik ditahan polis pada malam Jumaat bagi membantu siasatan.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Supritendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, suspek merupakan seorang lelaki dan wanita tempatan masing-masing berumur 31 serta 24 tahun ditahan di satu lokasi di Puncak Alam, Selangor.

Memetik kenyataan kepada media, polis juga merampas barang kes dipercayai hasil kejadian samun terbabit termasuk kereta yang digunakan suspek dalam jenayah tersebut.

” Suspek wanita itu pula tidak ada sebarang rekod jenayah lampau,” katanya.

          

Hanya kerana berkongsi klip video bagi menjejaki seorang lelaki yang diseret kereta ketika cuba mengejar penjenayah, nertizen mempersoalkan tindakan pelakon Janna Nick kerana dikatakan tidak berusaha untuk membantu mangsa.

Menurut pemilik akaun @ella.hering di Instagramnya, dia menyangka Janna bertindak keluar dari keretanya untuk mengetahui situasi sebenar yang menimpa penyampai berita TV3, Khairul Rizuan Azizan.

Enggan berdiam diri, Janna menjelaskan bahawa dia tidak boleh melulu keluar dari kenderaan tanpa mengetahui kisah sebenar.

” Saya tidak boleh keluar dari kenderaan tanpa mengetahui situasai sebenar. Saya juga fokus memberi tumpuan untuk mendapatkan nombor plat kereta, itu satu-satunya peluang untuk menangkap pelaku jenayah terbabit.

” Saya tidak menyiarkan keseluruhan klip video. Sebaik rakaman video itu tamat, kami keluar dan berbincang dengan abang baju Melayu tersebut untuk bertanyakan apa yang berlaku dan sama ada dia okey.

” Kami memberikannya nombor plat kereta terlibat,” ujar Janna.

        

Rakaman video yang dimuat naik pada Jumaat lepas, menerima lebih 600,000 tontonan di Instagramnya.

Walaupun ramai yang memuji tindakan Janna, namun ada juga yang mempersoalkan kenapa aktres tersebut tidak turun membantu pembaca terbabit.

Khairul Rizuan cedera di tangan, jari kanan dan lutut kanan akibat diseret kenderaan dipandu suspek yang bertindak melarikan diri.

Dalam kejadian tersebut, Khairul meletakkan kereta Honda City miliknya di tepi jalan untuk ke sebuah kedai serbaneka di lokasi kejadian.

Dalam pada itu, pihak polis telah berjaya menahan 2 beradik pada malam Jumaat untuk membantu siasatan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Supritendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, suspek merupakan seorang lelaki dan wanita tempatan masing-masing berumur 31 serta 24 tahun ditahan di satu lokasi di Puncak Alam, Selangor.

Sumber Mstar

About Zarul Zainal

Check Also

“Bnyk kali sya pesan jangan mandi pantai..” Jumpa m4yat di celah batu, Qhalisya mninggaI dunia lem4s di Pantai Tanjung

KOTA TINGGI: “Hari jadi saya kali ini akan saya ingat sampai mati. Saya sedih sangat… …

Leave a Reply

Your email address will not be published.

20 + nine =