Baru-baru ini, chef selebriti terkenal Malaysia, Datuk Fazley Yaakob telah memuat naik satu tangkap layar di akaun Instagramnya yang menunjukkan seorang nertizen meninggalkan komen berbentuk kecaman terhadap penampilan isterinya, Datin Azrene Ahmad.
Menerusi sebuah klip video yang dikongsikan Fazley kelmarin, segelintir nertizen mengecam cara penampilan dan imej isterinya yang memakai anting-anting di hidung, mengatakan ia tidak sesuai kerana dia sudah mempunyai ramai anak serta menasihatkan isterinya supaya menindik subang di telinga sahaja.
RAKAMAN VIDEO ADA DIBAWAH SEKALI
Terkejut lalu bengang dengan komen terbabit, Fazley bertindak menyangkal semula kecaman nertizen itu menggunakan bahasa yang agak kasar.
Dalam hantaran di Instagramnya, Fazley juga meluahkan rasa geram dengan komen-komen sarkastik yang sering diberikan nertizen seolah-olah mereka manusia paling sempurna dan hanya selebriti sentiasa melakukan kesilapan yang langsung tidak boleh dimaafkan.
Bukan itu sahaja, Fazley turut menasihati rakan-rakan selebriti yang lain supaya terus menyekat dan memadam komen-komen nertizen yang sebegitu atau berkongsi komen terbabit dengan khalayak ramai kerana mereka hanya inginkan perhatian dan terlalu dahagakan kasih sayang.
Video:
View this post on Instagram
Rakan selebriti lain seperti Idzham Ismail dan Fauziah Nawi juga tidak melepaskan peluang untuk meninggalkan komen berkenaan isu ini.