Walaupun Hanya Berbaju Tidur, Peminat Puji Intan Najuwa Sanggup Turun Kereta Untuk Bergambar Bersama Staff Starbucks!

biodata intan najuwa pelakon wanita popular 6

Pelakon Intan Najuwa, dipuji kerana bersikap mesra dan peramah serta merendah diri ketika bertemu dengan peminat.

Memetik dari perkongsian di Instagramya, dia sanggup turun kereta untuk bergambar dengan pekerja pandu lalu Starbucks walaupun sudah memakai baju tidur.

Video yang berdurasi kurang 30 saat tersebut menarik perhatian ramai dan rata-ratanya kagum dengan sikapnya.

 

Fakta Menarik

1. Mula aktif dalam dunia hiburan sejak tahun 2015.

2. Kediamannya terletak di Kuala Lumpur.

3. Dikatakan mempunyai wajah iras pelakon Wawa Zainal.

4. Sebelum bergelar selebriti, beliau merupakan seorang penulis blog.

5. Mula berkecimpung dalam bidang lakonan sejak umur 18 tahun di mana dia diperkenalkan oleh penerbit syarikat Metrowealth Pictures, David Teo.

6. Beberapa drama yang dibintanginya seperti Gantung (2016), Hantu Punya Bos (drama slot Iris di TV3 pada tahun 2016, membawakan watak sebagai Abby), Khabar Dari Casablanca (siaran TV2 pada 2017, membawakan watak sebagai Sharina), Kekasih Paksa Rela (siaran Slot Akasia di saluran TV3 pada 2017, memegang watak sebagai Hanan Khaira) dan Kenyalang I’m In Love (drama slot Dahlia ditayangkan di TV3 pada 2018, memegang peranan sebagai Sutera).

7. Dicalonkan dalam kategori Artis Baru Wanita Popular dan Pasangan Serasi Drama (bersama Remy Ishak) di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017.

8. Pada Mac 2018, beliau menafikan dakwaan yang mengatakan dirinya bersikap ‘diva’ kerana kononnya selektif terhadap tajaan dan wartawan yang ingin mewawancara. Dalam kenyataan sama, beliau mengakui sudah mempunyai teman lelaki yang dikenali sejak tiga tahun lalu iaitu semasa zaman kolej, sebelum bergelar artis lagi.

9. Pada hujung 2018, Najuwa menerima kecaman hebat netizen kerana mendedahkan tidak tahu cara mengisi minyak kenderaan. Kejadian itu berlaku ketika pembantu peribadinya sedang bercuti.

biodata intan najuwa pelakon wanita popular 2

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Intan Najuwa (@intannajuwa)

Sekadar info, Intan kini sedang mengikuti pengajian dalam jurusan Undang-Undang di kolej BAC di Singapura sejak Disember tahun lalu.

Selain bijak dalam pelajaran, peminat turut memuji kehandalan Intan yang cekap memasak.

About Zarul Zainal

Check Also

“Bnyk kali sya pesan jangan mandi pantai..” Jumpa m4yat di celah batu, Qhalisya mninggaI dunia lem4s di Pantai Tanjung

KOTA TINGGI: “Hari jadi saya kali ini akan saya ingat sampai mati. Saya sedih sangat… …

Leave a Reply

Your email address will not be published.

thirteen + 13 =