(Video) Isteri nak bun0h suami playboy, terbunuh ibu mentua dengan 3 ekor kucingnya menggunakan racun biawak

Dewi Asmara, 45 tahun, seorang wanita yang berasal dari Sumatera Selatan, tergamak meracun ibu mentuanya sehingga mati dalam insiden yang berlaku pada Ahad, 7 Mac 2021.

Siasatan awal pihak polis mendapati Dewi mengaku meracuni ibu mentuanya dengan memasukkan racun yang biasa digunakan untuk meracuni biawak, ke dalam pinggan ikan salai pindang yang dimasak ibu mentuanya, Noni, 61.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

        

Polis masih mencurigai kenyataan suspek dan menggesanya untuk memberitahu motif sebenar pembunuhan terbabit. Selepas beberapa kali diasak, Dewi akhirnya mengalah dan membuka mulut.

Ternyata Dewi sebenarnya ingin meracun suaminya, Aidul Fitri atau nama lainnya Otong, kerana suaminya itu suka berfoya-foya.

Dipercayai, Dewi ialah isteri ketiga Otong. Sepanjang menjadi isteri Otong, hatinya seringkali disakiti. Antaranya, melihat suaminya berjalan bersama dengan wanita lain.

“Sebenarnya saya mahu meracuni si Otong kerana Otong selalu memberi layanan tidak baik kepada saya. Dia juga ada ramai isteri,” katanya.

           

TONTON VIDEO DI BAWAH:

Dewi nyaris dipukul penduduk kampung selepas perbuatannya itu terbongkar. Dewi bernasib baik kerana segera ditahan polis dan dibawa ke balai.

Kini beliau berdepan dengan hukuman mati atas tuduhan melakukan pembunuhan terancang. – Agensi

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya sebelum menulis komen anda disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About Zarul Zainal

Check Also

“Bnyk kali sya pesan jangan mandi pantai..” Jumpa m4yat di celah batu, Qhalisya mninggaI dunia lem4s di Pantai Tanjung

KOTA TINGGI: “Hari jadi saya kali ini akan saya ingat sampai mati. Saya sedih sangat… …

Leave a Reply

Your email address will not be published.

eleven − 6 =