‘Bukannya bapak kau yang bayar kereta tu!’ – Isteri menangis sepanjang malam dimarahi suami hanya kerana calarkan sport rim baru

Tergamak seorang suami memarahi dan membebel serta mengungkit perkara yang tidak sepatutnya hanya kerana si isteri secara tidak sengaja mencalarkan sport rim kereta barunya. Isteri sudah menceritakan apa yang telah berlaku, namun suami masih memilih untuk tidak berpuas hati.

SALAM min. Minta siarkan beserta gambar.

Semalam suami marah-marah dan cakap bukan-bukan sebab saya terlanggar batu dan calarkan sport rim kereta dia. Ye, dia baru dua minggu tukar kereta MPV, saya baru bawa hari ketiga semalam dah terlanggar batu.

         

Ya Allah min, dah dia setiap pagi check kereta, setiap sudut, saya memang takkan sembunyikan hal macam ni. Dia cakap saya tak tahu macam mana susah mencari duit sebab saya kerja cuma ketuk-ketuk keyboard lapan jam, kemudian balik ke rumah.

Dia tak tahu ke kerja saya ini menggunakan otak, balik nak berehat lagi, nak ambil anak-anak, nak memasak bagai.

Semalam saya masak kari ayam kegemaran dia pun, dia tak jamah siki pun. Sebaliknya dia membebel-bebel marahkan saya. Siap cakap, “Bukan bapak kau yang bayar kereta, boleh lah!”

Allahu min, bapa saya dah meninggal dunia dah. Kemudian dia kata dia tak nak hantar pengantin adik saya ke Pulau Pinang pada bulan Oktober nanti, malas katanya.

Allahu, saya buat bukan sampai kereta itu tak boleh berjalan, sedih betul. Saya pagi tadi dah tunggu Grab sebab tak nak bawa kereta dia, tak nak guna harta dia. Tetapi Grab tak ada, saya bawa juga kereta dia perlahan-lahan.

KOMEN NETIZEN:

          

Petang semalam pun nak beli durian sebab saya suka durian pun saya tak nak makan. Saya betul-betul kecil hati dibuatnya.

Saya nak tanya, kedai mana yang boleh polish semula sport rim ini? Dah buat salah kan, beranilah betulkan. Berapa anggaran harga kalau polish di kawasan Johor Bahru

Sumber: Kisah Rumah Tangga

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu dan memikirkan implikasinya sebelum menulis komen anda disini mahupun di media sosial yang berkaitan dengan artikel ini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini mahupun dimedia sosial. Ditegaskan, Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

About Zarul Zainal

Check Also

Tidak Mahu Terus Memendam, Akhirnya Puteri Sarah Bongkar Amanat Kazar Kepadanya Sehingga Buat Dia MenyesaI

“Tak yah lah, tak ada apa nak komen,” maklum pelakon Kazar, bapa kepada wanita dikenali …

Leave a Reply

Your email address will not be published.

11 + thirteen =