Akhirnya dua pemandu kereta terima padah lepas memandu secara melulu dan merbahaya, punca berlumba sangat mengejutkan

Satu klip video tersebar menunjukkan 2 kenderaan beraksi macam dalam filem apabila berkejaran dan ‘mencilok’ kenderaan lain di Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) antara Kilometer (KM) 269 hingga KM 238 arah selatan, 1 Mei lalu.

RAKAMAN VIDEO ADA DI BAWAH SEKALI

Walau bagaimanapun, aksi berani mereka hanya sia-sia apabila kedua-duanya kini ditahan pihak polis setelah tampil menyerah diri di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Seremban.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Nanda Maarof mendedahkan, pihaknya mengesan satu klip video yang tersebar pada jam 8 malam 1 Mei lalu menunjukkan kejadian kereta Audi A4 dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Wish yang dipandu secara melulu dan berbahaya.

    

     

” Suspek pertama hadir menyerah diri pada pukul 9 malam 2 Mei, manakala suspek kedua iaitu pemandu Toyota Wish hadir serah diri sekitar jam 6.45 petang 3 Mei.

” Kedua-dua suspek bersama kenderaan terlibat ditahan bagi membantu siasatan,” katanya.

Nanda berkata, hasil siasatan awal mendapati punca sebenar kejadian adalah disebabkan pemandu Audi A4 yang bekerja sebagai penarik kereta hendak menarik Toyota Wish yang dipercayai mempunyai hutang tertunggak selama beberapa bulan.

” Namun pemandu Toyota Wish enggan berhenti dan menyebabkan berlakunya ketidak puasan hati dan kejadian itu berlaku antara kedua-dua suspek.

            

” Kes disiasat mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih dijalankan,” katanya.

Tonton Video:

Sumber HM

About Zarul Zainal

Check Also

“Tetamu Tak Brtamadun” – Tuan Rumah Beng4ng Orang Dtg Braya Buang ‘PAMPERS’ Tak Letak DaIam PIastik Dulu

Pada musim perayaan ini, pastinya rumah kita akan dikunjungi para tetamu dan saudara mara yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.

eight − seven =