Siapa sangka niat sebuah keluarga untuk menziarahi kubur akan berakhir dengan tragedi apabila mendapati kenderaan yang dinaiki mereka telah berlaku sesuatu yang tidak disangka.
Dipercayai kejadian tidak diingini itu berlaku di Tanah Perkuburan Lipat Kajang, Klang ketika ahli keluarga terbabit sedang menziarahi kubur dan mendapati keadaan kereta dalam keadaan berselerak.
Kereta Dirompak
Memetik dari perkongsian Fathiah Mohd di sosial media Twitter, mangsa dikatakan tidak sengaja tertinggal beg tangan dalam kereta dan ianya menyebabkan perompak memecah tingkap kereta mangsa untuk mengambil beg tangan tersebut.
Menurut maklumat yang diberi, dalam kejadian terbabit, wang berjumlah RM8OOO dan beberapa dokumen penting telah dilarikan oleh perompak berkenaan.
Allahuakhbar. Kami nak pergi kubur je tapi kereta kena rompak. Astaghfirullahalazim. Saya minta tolong jasa warga twitter tolong cari kerja siapa ni. Dalam bag ada macam2 document penting. Tolong share… pic.twitter.com/rwvjwQFkWg
— Bulan (@fathiahmohd) April 29, 2022
Kebanyakan nertizen yang meninggalkan komen, berasa marah terhadap perompak dan berasa simpati serta berharap agar di masa hadapan mangsa tidak meninggalkan barang berharga di dalam kereta kerana tindakan itu sangat berbahaya dan boleh menarik perhatian penjenayah untuk melakukan kegiatan tidak diingini.