Dahlah Terpaksa Sambut Raya Mengejut, Pemuda Pasrah Bila Bibir Membengkak Selepas ‘Dicium’ Lebah

Siapa yang tidak kalut apabila hari raya Aidilfitri yang dijangka jatuh pada 3 Mei 2022 ternyata ‘datang’ lebih awal daripada sangkaan.

Sudah pasti hampir seluruh masyarakat Islam di Malaysia merasai kekalutan itu dan ada yang ‘tidak cukup tangan’ membuat persiapan menyambut hari raya.

Walau bagaimanapun, orang tua-tua selalu berpesan yang malang itu tidak berbau.

Perkara itu turut dialami sendiri seorang pengguna laman sosial TikTok dikenali sebagai Fakri Syakirin apabila bibirnya membengkak teruk pada malam raya.

Perkongsian pemuda ini telah mendapat perhatian nertizen, di mana rata-rata mendoakan semoga beliau tabah menghadapi dugaan.

Rakaman Video ada di Bawah Sekali

   

“Moga bertabahlah ye..”

   

“Nanti pakai mask je bang..”

   

“Dugaan malam raya kena sengat lebah,” tulisnya ringkas.

Kelihatan bibir pemuda itu membengkak dan ia mulai merebak ke bahagian pipi juga.

Lebih daripada 700 ribu pengguna laman sosial TikTok menonton perkongsian tersebut dan ramai yang meluahkan rasa kasihan walaupun terpaksa menahan ketawa.

Namun, masih ada nertizen yang prihatin dengan mendoakan semoga pemuda tersebut cepat sembuh dan agar dia tabah menghadapi ‘ujian’ di hari raya ini.

Sumber: TikTok @fakrisyakirin

About Zarul Zainal

Check Also

Suami lsteri meninggal dunia selepas menghantar anak belajar di Kedah

Kota Bharu: Sepasang suami isteri maut manakala 5 mangsa lain cedera dalam kemalangan melibatkan 2 …

Leave a Reply

Your email address will not be published.

7 + eight =