Suami dikatakan mengantuk, wanita dan anak lelaki maut kereta hilang kawalan

Seorang wanita dan anak lelakinya maut dalam insiden di Persiaran Timur dari Kajang menghala ke Pinggiran Putra, Putrajaya, apabila kereta mereka hilang kawalan.

RAKAMAN ADA DI BAWAH SEKALI

Memetik laporan Bernama, mangsa Amalina Azman, 32, yang cedera parah disahkan meninggal dunia di Hospital Putrajaya, manakala anak lelakinya Dzul Qarnain berusia 2 tahun maut di tempat kejadian.

Menurut Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP A. Asmadi Abdul Aziz, kereta jenis perodua Myvi dipandu suami mangsa didakwa melanggar penghadang air atau ‘water barrier’ di bahu kiri jalan selepas hilang kawalan sendiri.

 

 

Suami dipercayai mengantuk, wanita & anak lelaki maut kereta terbabas

Tambah beliau lagi, bagaimanapun suami mangsa Mohd Iqbal, tidak mengalami sebarang kecederaan dalam insiden tersebut.

A. Asmadi juga memaklumkan, siasatan awal mendapati suami mangsa dikatakan mengantuk ketika memandu, lalu hilang kawalan dan terbabas sendiri.

Suami dipercayai mengantuk, wanita & anak lelaki maut kereta terbabas

Dalam pada itu, berita pemergian Amalina dan anaknya juga mengundang kesedihan kenalan rapat yang meluahkan di media sosial Facebook.

 

  

Kes tersebut sedang disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Salam takziah
Al-fatihah (dibaca)
بِسْم ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞ مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞ إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞ صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞ امين

Semoga Allah terima segala amalan arwah dan mengangkat darjatnya disisi Allah,
Semoga pemergian arwah menjadi kerehatan sebenar dari urusan dunia,
Semoga dilindungi dari seksa kubur dan semoga roh arwah ditempatkan dikalangan para solehah,

Allahumma Solli Ala Sayyidina Muhammad.
Amiin Amiin Amiin..

Ucapan Takziah Kematian
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman…. Aaamiin Ya Robbal Aalamiin..

Sumber: Bernama , Facebook

About Zarul Zainal

Check Also

NeeIofa dan Haris kira duit raya BiIaI jumIah RM14,OOO “Another IeveI”

Sejak usahawan dan selebriti terkenal, Neelofa dan Haris Ismail dikurniakan cahaya mata pertama, nampaknya tidak …

Leave a Reply

Your email address will not be published.

twelve − 8 =