‘Tenang Sangat Wajah Abang..’ Anak Tidak Sempat Beraya, MeninggaI Akibat ‘Ser4ngan’ J4ntung

Termenung seorang ibu menatap sepasang baju Melayu biru yang dibeli untuk dipakai anak lelakinya pada pagi Aidilfitri kelak, selepas anaknya itu meninggaI dunia secara mengejut ketika menerima rawatan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) Sungai Petani.

Pemergian Muhammad Rizqi Naufal Mohd Shakir, anak sulung daripada 2 beradik yang berusia 9 tahun,  ternyata amat memberi kesan mendalam kepada ibunya, Siti Fatimah Jaafar, 32, kerana sebelum ini arwh langsung tidak menunjukkan petanda menghidap sebarang pnyakit.

Menurutnya, dia bersama arwh sehingga anaknya menghembuskan nafas terakhir dan melihat sendiri bagaimana kakitangan hospital bertungkus lumus memberikan bantuan pernafasan cuba menyelamatkan nyawa anaknya itu.

“Namun, Allah SWT lebih menyayanginya dan saya redha dengan pemergian arwh yang meninggaIkan kami sekeluarga buat selama-lamanya.

“Memang terasa sunyi malah adik perempuannya yang berusia 5 tahun turut menangis kerana mencari abangnya selepas bangun tidur pagi tadi,” katanya.

Katanya, dia dimaklumkan pihak hospital bahawa arwh anaknya itu mengalami ‘serangan jantung’ selain turut mengalami masalah ker0sakan hati dan buah pinggang.

“Saya dimaklumkan arwh mengalami ‘serangan jantung’ ketika k0ma, namun sehingga kini saya masih menunggu laporan penuh punca kmatian anak.

“4 hari lalu, sempat saya belikan baju Melayu untuk arwh dan dia sendiri memilih warna pakaian yang ingin dipakainya ketika hari raya nanti tetapi itu semua hanya tinggaI kenangan,” katanya.

Jnazah Muhammad Rizqi Naufal selamat dikebumikan di Tanah Perkburan Islam Kampung Teluk Wang Besar, Tikam Batu dekat sini pukul 6 petang.

Salam takziah kepada keluarga, semoga tabah dengan dugaan. Alfatihah. – Sumber dipetik dari DB, HM

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LS

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

About Zarul Zainal

Check Also

“Bnyk kali sya pesan jangan mandi pantai..” Jumpa m4yat di celah batu, Qhalisya mninggaI dunia lem4s di Pantai Tanjung

KOTA TINGGI: “Hari jadi saya kali ini akan saya ingat sampai mati. Saya sedih sangat… …

Leave a Reply

Your email address will not be published.

eighteen + 16 =