Selepas Dato’ Seri Aliff Syukri dikecam teruk kerana klip muzik video lagu rayanya, kali ini seorang lagi usahawan kontroversi tidak sabar menunggu waktu untuk melancarkan lagu raya ‘istimewa’ untuk Aidilfitri tahun ini.
Lagu baru lagi katanya
Siapa lagi kalau bukan Dato’ Seri Vida atau DSV, tampil mengejutkan ramai dengan memuat naik ‘teaser’ MV terbaru beliau.
Dalam posting terkini DSV di laman sosial Instagramnya, beliau telah berkongsi mekap yang dipaparkan dalam MV itu dan menerima pelbagai respons daripada nertizen.
RAKAMAN VIDEO MENYAYAT HATI ITU ADA DI BAWAH SEKALI
Ramai yang terkejut tengok rupa Vida
DSV tampil dengan solekan ‘over’ dan busana serba merah jambu terang, beliau kelihatan agak pelik sehingga ada yang terkejut melihatnya terutamanya pada waktu malam.
Dalam kapsyen yang dikongsikan, usahawan itu berkata lagu raya terbaru yang berjudul Muah Muah Raya itu pastinya akan menaikkan lagi semangat dan mood menyambut hari raya nanti.
Semua usahawan kosmetik berlumba2 buat lagu raya
Rata-rata nertizen yang meninggalkan komen sudah tentu lebih kepada memberikan kecaman dan kritikan daripada meluahkan rasa tidak sabar untuk menonton MV lagu raya usahawan terkenal itu.
Ada di antara mereka menyamakan kontroversi yang dicipta DSV tidak jauh beza dengan Dato’ Seri Aliff Syukri sehingga dipanggil pihak Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).
Sudah… ni pun art juga ke?
SKMM tak nak panggil pula ke?
Sorang lagi buat hal
Bukan2 je perangai diorang ni
VIDEO:
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Sumber: IG DSV