‘Cukuplah Setakat Ini Saja..’ – Luahan Zamani, Rupanya Dia Sndiri Tak Mahu Benda Itu Diperbesar-Besarkan

” Banyak kali dia minta saya beritahu peminat supaya jangan bimbang akan keadaannya..”

Itulah penjelasan pengurus Zamani Slam, Aalan Ahmad berkenaan penyanyi lagenda itu yang berada dalam keadaan sihat dan boleh membuat persembahan seperti biasa.

Menurut Aalan, Zamani tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan kronik selain keadaan fizikalnya yang semakin ‘senget’ akibat pnyakit skoIiosis.

” Zamani tiada masalah sebenarnya. Kepada peminat jangan risau kerana dia kini sedang menjalani rwatan untuk tuIang belakangnya.

” Beliau terharu dengan mereka yang bimbang dengan keadaannya dan berterima kasih kepada mereka yang mendoakan kesihatannya.

” Zamani juga pohon maaf kepada pihak media kerana tidak dapat melayani panggilan mereka,” katanya kepada Harian Metro.

Menurutnya lagi, dia dihubungi ramai pihak sebaik klip video persembahan Zamani semasa menjayakan persembahan di majlis Berbuka Puasa ‘Buffet Rustic’ bersama Zamani Slam di Bangi Avenue Convention Centre pada 23 April lalu tersebar di laman sosial.

Nyanyian Zamani pun tak terjejas

” Tidak dinafikan ramai pihak terutama penganjur yang sudah menandatangani perjanjian untuk mengambil Zamani menyanyi ingin tahu keadaan terkini Zamani.

” Mereka bimbang beliau akan menarik diri atau tidak dapat membuat persembahan sedangkan beliau boleh bekerja seperti biasa. Nyanyian Zamani pun tidak terjejas.

” Seperti saya katakan, Zamani sihat untuk bekerja. Malah dia banyak kali minta saya beritahu peminat supaya jangan bimbangkan keadaannya,” katanya.

Terdahulu, tersebar rakaman video menunjukkan keadaan penyanyi berusia 51 tahun itu yang beraksi dalam persembahan dengan keadaan ‘bengk0k’ yang dikongsi satu portal hiburan telah mendapat perhatian peminat yang menzahirkan rasa simpati terhadapnya.

Sebelum itu, semasa menjayakan Konsert Mentari Muncul Lagi di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 12 Februari lalu, Zamani sempat bergurau dengan penonton yang melihat keadaannya bagi meredakan kebimbangan mereka.

” Terima kasih kerana setia dengan saya, dalam keadaan saya ‘straight’ ke atau ‘bengk0k’,” katanya kepada 1,5OO penonton yang menghadiri konsert itu.

Penyanyi yang meledak dengan barisan lagu popular seperti Kembali Terjalin, Gerimis Mengumdang dan banyak lagi itu pernah berkata, berdepan ris1ko lumpvh jika menjalani pembdahan berikutan pnyakit yang dideritai sejak beberapa tahun lalu.

Pnyakitnya juga menyebabkan Zamani terpaksa duduk setiap kali mengadakan persembahan buat peminat.

“Cukuplah setakat ini sahaja mengenai pnyakit yang boleh saya kongsikan..” – Zamani

Sementara itu, menyedari peminatnya bimbang dengan pnyakit tuIang belakang dideritainya sejak 2 tahun lalu, Zamani tampil memberitahu tahap kesihatannya berada dalam keadaan sihat dan masih berupaya untuk menyanyi seperti biasa.

Pemilik nama lengkap, Zamani İbrahim akui terharu dengan sikap prihatin ditunjukkan peminat selepas klip videonya tersebar menyaksikan bentuk tubuhnya semakin membengk0k akibat pnyakit scoliosis yang dideritai.

Baru-baru ini, Zamani memaklumkan, dia masih menerima rwatan susulan untuk mengubati penyakit tersebut.

” Cuma bentuk badan saya sahaja yang berubah, tetapi tahap kesihatan saya masih baik. Dari segi nyanyian, memang tidak ada masalah langsung.

” Jadi, kepada peminat, janganlah risau. Lagipun, saya masih mendapat rwatan dari semasa ke semasa. Doakan agar pnyakit saya cepat sembuh,” katanya kepada BH0nline.

Tidak mahu ia diperbesarkan

Sementara itu, penyanyi yang begitu popular dengan lagu Syair Si Pari-Pari, enggan mengulas lanjut kerana tidak mahu memperbesar-besarkan keadaan penyakit yang dideritainya.

” Cukuplah setakat ini sahaja yang boleh saya kongsikan mengenai pnyakit ini. Kalau ikutkan, saya memang tidak mahu komen apa-apa sebab tak nak ianya diperbesar-besarkan.

” Apa pun, saya ingin berterima kasih kepada peminat yang sangat prihatin mengambil berat tentang kesihatan saya,” kata penyanyi berusia 51 tahun itu.

Baru-baru ini, seorang pengguna TikTok telah memuat naik rakaman video menyaksikan tubuh Zamani semakin membengk0k dan tersebar di laman sosial.

Rata-rata nertizen melahirkan rasa simpati selepas melihat keadaan fizikal vokalis kumpulan Slam itu.

Walaupun tidak selincah seperti dulu, Zamani tetap memberikan persembahan terbaik apabila vokal emasnya mendapat pujian ramai.

” Walaupun terkejut dengan penampilan terkini saya, warga nertizen tetap mendoakan agar saya cepat sembuh, itu sudah cukup membuatkan saya rasa dihargai,” kata Zamani.

Sumber:hmetr0 dan bharian

About Zarul Zainal

Check Also

“Bnyk kali sya pesan jangan mandi pantai..” Jumpa m4yat di celah batu, Qhalisya mninggaI dunia lem4s di Pantai Tanjung

KOTA TINGGI: “Hari jadi saya kali ini akan saya ingat sampai mati. Saya sedih sangat… …

Leave a Reply

Your email address will not be published.

16 − thirteen =