Yasin imam solat dalam penjara, didik banduan lain mengaji – Abang

Abang kepada Yasin Sulaiman, Zain Sulaiman menjelaskan penyanyi itu dalam keadaan baik selepas ditempatkan di Penjara Sungai Buloh atas 2 pertuduhan mengedar dan menanam 17 pokok ganja.

Memetik sumber dari Harian Metro, Zain dan ahli keluarga lain bergilir-gilir menziarahi penyanyi berusia 46 tahun itu, di penjara dan dikatakan tidak lupa melakukan amal ibadah.

Yasin imam solat di penjara, ajar banduan lain mengaji – Abang

       

Zain juga berkata, dia akan membantu menguruskan 2 anak Yasin untuk menziarahi bapa mereka dalam masa terdekat ini.

Dalam pada itu, Zain berkata dia sekeluarga telah mendapatkan khidmat pasukan guaman selain turut menubuhkan Tabung Bantuan Yasin Sulaiman untuk menampung kos guaman.

          

” Tujuan utama penubuhan tabung ini adalah untuk menampung kos guaman. Memandangkan kos agak tinggi kerana membabitkan tuduhan yang berat.

” Alhamdulillah, reaksi dan sambutan diterima sangat baik terutama dalam kalangan keluarga dan rakan-rakan. Mungkin selepas ini akan ada lebih banyak lagi. Terima kasih atas sokongan diberikan kepada Yasin,” tambahnya lagi.

Sebelum ini, penyanyi lagu Mimpi Laila itu ditahan polis kerana didakwa memiliki dan menanam pokok ganja di rumahnya yang terletak di Kota Damansara, Petaling Jaya.

Yasin imam solat di penjara, ajar banduan lain mengaji – Abang

Sumber: Harian Metro (Sudirman Mohd Tahir)

About Zarul Zainal

Check Also

Suami lsteri meninggal dunia selepas menghantar anak belajar di Kedah

Kota Bharu: Sepasang suami isteri maut manakala 5 mangsa lain cedera dalam kemalangan melibatkan 2 …

Leave a Reply

Your email address will not be published.

2 × 1 =