Lelaki Yg Tetak KepaIa Ibu Mentua, Adik Ipar Dan Isteri Sblm Berbuka Puasa, Akhirnya Terima Padah

Lelaki yg Tetak KepaIa Isteri, Ibu Mentua dan Adik Ipar Sblm Berbuka Puasa, Akhirnya Menerima Padah

SEORANG pemandu lori yang mencederakan ahli keluarganya dengan parang dijatuhi hukuman penjara 60 tahun dengan 8 kali sebatan.

Tertuduh, Mohd Hadi Hashim, 38, mengaku bersalah ke atas keempat-empat pertuduhan yang dibacakan di Mahkamah Sesyen Kota Tinggi, Johor pada Selasa.

Lelaki yg Tetak KepaIa Isteri, Ibu Mentua dan Adik Ipar Sblm Berbuka Puasa, Akhirnya Menerima Padah

Lelaki yg Tetak KepaIa Isteri, Ibu Mentua dan Adik Ipar Sblm Berbuka Puasa, Akhirnya Menerima Padah
Lelaki yg Tetak KepaIa Isteri, Ibu Mentua dan Adik Ipar Sblm Berbuka Puasa, Akhirnya Menerima Padah
Lelaki yg Tetak KepaIa Isteri, Ibu Mentua dan Adik Ipar Sblm Berbuka Puasa, Akhirnya Menerima Padah
Lelaki yg Tetak KepaIa Isteri, Ibu Mentua dan Adik Ipar Sblm Berbuka Puasa, Akhirnya Menerima Padah
Lelaki yg Tetak KepaIa Isteri, Ibu Mentua dan Adik Ipar Sblm Berbuka Puasa, Akhirnya Menerima Padah
Lelaki yg Tetak KepaIa Isteri, Ibu Mentua dan Adik Ipar Sblm Berbuka Puasa, Akhirnya Menerima Padah
Lelaki yg Tetak KepaIa Isteri, Ibu Mentua dan Adik Ipar Sblm Berbuka Puasa, Akhirnya Menerima Padah
Lelaki yg Tetak KepaIa Isteri, Ibu Mentua dan Adik Ipar Sblm Berbuka Puasa, Akhirnya Menerima Padah

Kronologi

Meneliti fakta kes, Mohd Hadi didakwa terlebih dahulu menyerang ibu mentuanya, Puasa Yasik yang berusia 57 tahun.

Apabila wanita warga emas tersebut berjaya melepaskan diri dari cengkamannya, Mohd Hadi mengambil parang berukuran 79 centimeter (cm) berhampiran sinki dapur dan menetak ibu mentuanya di kepala dan lengan.

Berikutan kekecohan terbabit, kakak iparnya Norwadiha Rosli, 32, keluar dari bilik tidur untuk membantu ibunya dan akhirnya turut ditetak di kepala oleh defendan.

Defendan juga didakwa menyebabkan adik iparnya yang berusia 16 tahun tidak sedarkan diri dengan memukul kepala dan lehernya dengan parang ketika remaja lelaki itu cuba mendapatkan bantuan menggunakan telefon bimbit di ruang tamu.

Kemudian Mohd Hadi pergi ke bilik tidur dan menetak kepala isterinya Norwahida Rosli, 32, ketika cuba menyembunyikan diri daripada wanita itu.

Selepas itu, defendan melarikan diri dengan menaiki kereta Honda Accord sebelum jiran di hadapan rumah mereka menghubungi pihak polis.

Dia kemudiannya ditahan di Jalan Persiaran Indahpura 4, Kulai, pada jam 12.30 tengah hari 20 April lalu.

Mohd Hadi diwakili peguam Nurshuhadah Mahzan dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan manakala pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Irsyad Mardi . – The Star.

 

About Zarul Zainal

Check Also

“Tetamu Tak Brtamadun” – Tuan Rumah Beng4ng Orang Dtg Braya Buang ‘PAMPERS’ Tak Letak DaIam PIastik Dulu

Pada musim perayaan ini, pastinya rumah kita akan dikunjungi para tetamu dan saudara mara yang …

Leave a Reply

Your email address will not be published.

eighteen + nineteen =